PORT DICKSON: Hasrat lima beradik di Taman Sunggala di sini untuk memakai pakaian sedondon bersama ibu bapa tidak kesampaian selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lalu.
Aktiviti bersalaman di pagi raya yang selama ini menjadi rutin buat Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka,19; Muhammad Haiqiel, 14 dan Muhammad Khierzamani, 8, kini beralih kepada menziarahi pusara ibu bapa mereka Allahyarhamah Nazita Idris, 45, dan Allahyarham Rodzi Tahar, 55.
Menurut Nurhairieka, keluarganya sudah lama tidak membeli baju raya dan disebabkan itu pada tahun lalu mereka telah merancang awal untuk memakai baju raya sedondon tahun ini.
“Ketika emak dan ayah ada lagi kami dah merancang nak pakai baju raya warna sama tahun ini. Tapi nampaknya ia tak kesampaian selepas emak dan ayah tinggalkan kami buat selama-lamanya Jun lalu.
“Saya sebenarnya tak fikir pun nak raya. Hati saya sayu mengenangkan ini raya pertama kami tanpa orang tua. Tapi saya kena tolak perasaan sedih itu demi adik-adik,” katanya kepada Sinar Harian.
Ceritanya, setiap kali menjelang Syawal ibu bapanya paling sibuk menguruskan itu dan ini tetapi sekarang ia digalas sendiri
Katanya, seusai solat Aidilfitri dia adik beradik serta nenek pergi menziarahi kubur.
“Saya reda ibu bapa sudah tiada. Lagipun mereka pergi dengan cara yang baik dan selepas pemergian mereka pun, banyak rezeki datang kepada kami.
“Macam rumah peninggalan arwah ayah ini, kami baru saja ubah suai sebagai memenuhi impiannya. Tapi sayangnya mereka sudah tiada, kalau ada tentu lagi meriah raya kami tahun ini,” Katanya.
Sementara itu bercerita mengenai perkembangannya, Nurhairieka berkata, baru saja diterima bekerja sebagai pembantu di sebuah tadika tidak jauh dari rumahnya.
Katanya, tidak berhasrat untuk bekerja di luar kawasan dan melanjutkan pelajaran kerana mahu memikul tanggungjawab menjaga adik-adik dan nenek.
“Lagipun along (Muhammad Haidir) dah kahwin dan tidak lagi tinggal bersama. Walaupun begitu, tapi dia selalu datang menjenguk dan ambil berat soal kami.
“Abang kedua pula (Muhammad Hairie) berniaga burger dengan kawan. Saya pula suka memasak dan ada perancangan nak berniaga, tapi tengoklah nanti macam mana,” katanya.
Kisah lima beradik ini yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 pernah dilaporkan Sinar Harian Jun tahun lalu dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Ketika itu lima beradik ini serta nenek turut disahkan positif COVID-19 namun tidak serius.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 02 2022

Kisah lima beradik ini yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 pernah dilaporkan Jun tahun lalu dan mendapat perhatian pelbagai pihak. - Gambar/ Sinar Harian
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.