GEORGE TOWN: Kecacatan anggota badan tidak menghalang seorang rakyat India menjelajah Asia Tenggara dengan menggunakan kerusi roda sebagai kempen kesedaran mesra kerusi roda.
Hassan Imam, 25, berasal dari Bihar, India memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara selepas berjaya mengembara India dan Bangladesh sejauh 10,000 kilometer (km).
Pemuda yang mengalami kecacatan kedua-dua kaki selepas menghidap polio ketika zaman kanak-kanak itu berkata beliau mengambil masa selama tujuh bulan untuk melengkapkan misi jelajah India dan Bangladesh dengan menggunakan kerusi roda bermula Mac 2023.
"Saya melakukan pengembaraan ke Asia Tenggara dengan menggunakan kerusi roda untuk melaksanakan kempen kebolehcapaian bagi orang kurang upaya (OKU) di tempat awam. Ini adalah satu kempen yang patut diberi perhatian ramai dalam dunia kontemporari," kata siswazah Bahasa Rusia dari Universiti Jawaharlal Nehru, India ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.
Hassan berkata selepas menjelajah India dan Bangladesh, beliau tiba di Kuala Lumpur dari Chennai, India dengan pengangkutan kapal terbang awal bulan Disember ini.
"Dari Kuala Lumpur, saya akan meneruskan penjelajahan melalui darat menggunakan kerusi roda yang memaparkan World Trip On Wheelchair sebagai kempen kesedaran mesra kerusi roda ke Perak sebelum tiba di Pulau Pinang dengan mengambil masa selama empat hari. Saya akan meneruskan penjelajahan ke Kedah dan Perlis sebelum ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan China," katanya.
Menurut Hassan beliau bersyukur kerana sepanjang pengembaraannya, orang ramai tampil menghulurkan bantuan makanan, kewangan dan penginapan.
Daripada pemerhatiannya sepanjang penjelajahannya di India, beliau mendapati kebanyakan tempat tarikan pelancong dan sistem pengangkutan awam tidak mempunyai tanjakan untuk pengguna kerusi roda, hanya terdapat tangga yang boleh dinaiki dengan berjalan kaki.
"Banyak teater, hotel dan pusat beli-belah di India masih tidak mesra kerusi roda, tetapi kebanyakan tempat lain seperti Malaysia mengamalkan konsep mesra kerusi roda," kata Hassan.
Kerusi roda pilihan Hassan untuk perjalanannya dilengkapi pelbagai ciri, ia berkuasa bateri dan boleh digunakan sebagai skuter pada masa yang sama.
Kenderaan ini adalah cetusan idea sekumpulan pelajar India Institute of Technology (IIT) Madras, Chennai dan boleh bergerak kira-kira 40km dengan sekali cas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Hassan Imam bergambar di Jeti Chew semasa melawat pusat pelancongan dengan kerusi rodanya. - Foto BERNAMA
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Hassan Iman jelajah Asia Tenggara berkerusi roda
Dia memulakan pengembaraannya ke Asia Tenggara selepas berjaya mengembara India dan Bangladesh sejauh 10,000 kilometer.