KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.
Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.
Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya Datuk Prof Ulung Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.
Bernama
Tue Feb 07 2023

Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.