PUTRAJAYA: Wan Ji Wan Hussin dipenjara bermula Isnin selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini, berhubung sabitan kes menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, pada 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian apabila sebulat suara menolak rayuan sabitan Wan Ji kerana mendapati rayuan penceramah bebas berusia 41 tahun itu tidak bermerit.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Wan Ji terhadap hukuman dengan memerintahkan dia hanya dipenjara sembilan bulan sebagai mana yang diputuskan Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 April 2018.
Berdasarkan keputusan itu, Hadhariah yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang menambah hukuman itu daripada sembilan bulan kepada setahun.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, hakim ini berkata, Wan Ji selaku perayu menyentuh isu Akta Hasutan 1948 dengan mendakwanya sebagai tidak berperlembagaan.
Bagaimanapun, Hadhariah berkata, tiada perkara yang salah mengenai undang-undang berkenaan sebaliknya kebebasan bersuara bukan hak mutlak bagi seseorang untuk berbicara sesuka hati.
Menurutnya, kebebasan bersuara tidak bermaksud semua pihak boleh bercakap dengan sesuka hati, kerana masih terdapat batas yang perlu dijaga.
Malangnya, beliau berkata, perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook (FB Wan Ji) sememangnya tidak sesuai.
“Kalau (hendak) beri nasihat agama cakaplah dengan perkataan yang baik-baik, jangan guna perkataan yang tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, raja, kaum), jadi hati-hati dengan perkataan sensitif ini.
“Jangan menyinggung perasaan atau memperkecilkan seseorang, sebaliknya amal sikap menunduk, jika kita bijak sekali pun dalam ilmu agama, usah memperlekehkan orang lain,” katanya.
Dalam prosiding pada Isnin, Wan Ji diwakili peguam, Muhammad Faiz Fadzil sementara pihak pendakwaan selaku responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling.
Pada 10 September 2014, Wan Ji didakwa menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam FB dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara setahun terhadap Wan Ji selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara berhubung pertuduhan menghasut dan menghina terbabit.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman sembilan bulan penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 9 April 2018, kepada setahun penjara selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
![Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695623770_TBWANJI.jpg)
Panel hakim menolak rayuan sabitan Wan Ji kerana mendapati rayuan penceramah bebas berusia 41 tahun itu tidak bermerit. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695623770_TBWANJI.jpg)
Hasut, hina Sultan Selangor: Wan Ji dipenjara hari ini
Wan Ji Wan Hussin dipenjara bermula Isnin selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, berhubung sabitan kes menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, 11 tahun lalu.
![Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689672723_SanusiMdNorSelay.jpg)
Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.
![Sanusi ditahan polis: Ahli, penyokong Pas diminta bertenang - Takiyuddin Sanusi ditahan polis: Ahli, penyokong Pas diminta bertenang - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667188661_Takiyuddin.jpg)
Sanusi ditahan polis: Ahli, penyokong Pas diminta bertenang - Takiyuddin
Pas mengikuti rapat perkembangan melibatkan penahanan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu.
![Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689636228_TBSanusiMdNor.jpg)
Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini
Muhammad Sanusi akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.
![Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi - KPN Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689238135_TBRazarudinHusain.jpg)
Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi - KPN
PDRM menerima 31 laporan polis membabitkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.
![Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687931564_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi
Laporan polis dijangka dibuat di IPD Shah Alam pada jam 2.30 petang hari ini.