Ringkasan AI
- Terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran. Akaun-akaun ini sering digunakan oleh "scammers" untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.
- Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu tersebut.
- Penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah kesalahan di sisi undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh," kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di media sosial rasmi, officialsultanibrahim pada Ahad.
Dalam masa sama, Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
