MELAKA: Berikut adalah teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022, bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka hari ini:
Wartawan Malaysia mendukung keluhuran Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara. Kami menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan media bagi memastikan kelangsungan sistem demokrasi yang sihat dan segar.
Wartawan dan media dalam negara membangun seperti Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai mata dan hati rakyat selain menjadi suara bicara massa, juga bertindak sebagai semak dan imbang serta menjadi nadi nurani sebuah negara bangsa.
Kami menyedari cabaran memastikan keharmonian sebuah negara pelbagai kaum yang menonjolkan kepelbagaian. Pada waktu yang sama, kami memahami dinamisme dunia media dan tradisi kewartawanan yang berubah dengan pantas akibat asakan internet dan media sosial.
Namun demikian, tanggungjawab kami tidak berubah dalam konteks etika dan profesionalisme. Kami maklum bahawa profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
Wartawan Malaysia memainkan peranan menyampaikan maklumat yang benar dan sahih bagi menangani isu berita palsu yang berleluasa. Dalam dunia hari ini, yang penting bukan sahaja ketepatan berita tetapi juga kepantasan dan keberkesanannya.
Maka dengan ini, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada hari ini, Ahad, 29 Mei 2022, wartawan Malaysia sebulat suara membuat Deklarasi Melaka 2022 seperti berikut:
1. KEWARTAWANAN DIPELIHARA DAN DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI NEGARA
Kewartawanan merupakan profesion yang dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui laporan dan penulisan yang dihasilkan.
Justeru itu, kewartawanan perlu mengekalkan fungsi dan peranannya sebagai ‘pemerhati’ untuk mengawasi tata laku dan tadbir urus negara agar pemerintahan negara sentiasa berintegriti dalam semua aspek.
Kewartawanan yang amanah dan bertanggungjawab merupakan aset penting dalam pembangunan negara bangsa.
2. MENGHORMATI HAK WARTAWAN MENJALANKAN TUGAS
Dalam memelihara dan mengangkat martabat kewartawanan serta kebebasan media, wartawan diberikan ruang dalam menyampaikan laporan sahih dan seimbang sejajar dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sewajarnya, wartawan perlu diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin tanpa halangan atau sekatan mana-mana pihak.
Dengan yang demikian, wartawan dapat membuat liputan dan laporan yang menegakkan nilai integriti, relevan serta sahih.
3. MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP RUKUN NEGARA
Wartawan yang mendukung Etika Kewartawanan Malaysia menghormati prinsipprinsip terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Pada masa sama, kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk berorganisasi menjadi penyumbang ke arah mewujudkan suatu persekitaran kondusif kepada sistem demokrasi.
Oleh itu, wartawan menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara serta memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.
Di Malaysia yang demokratik, wartawan menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami dalam kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.
BACA: HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
4. KEWARTAWANAN MEMARTABAT INTEGRITI
Sebagai tunjang dalam memacu hala tuju negara, kewartawanan menjadi medium dalam memartabat integriti supaya menjadi amalan tadbir urus negara serta boleh menjadi pegangan prinsip masyarakat umum.
Ini boleh mengelak amalan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan di Malaysia.
5. MEMERANGI BERITA PALSU
Media berperanan menyampaikan maklumat kepada masyarakat namun internet menjadikan peranan media semakin mudah tetapi penuh mencabar.
Kewujudan internet mempercepatkan proses penyampaian berita dan segala maklumat lama serta baharu sehinggakan media sosial menjadikan masyarakat Malaysia lebih peka kepada keadaan sekeliling.
Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran berita palsu mudah berleluasa dengan ia direka semata-mata untuk menarik perhatian netizen dan menjadi isu hangat.
Media bertauliah perlu bersatu untuk memerangi penyebaran berita palsu yang boleh membahayakan individu, organisasi dan kerajaan.
Firdaus Azil
Sun May 29 2022
Pemangku Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat,kanan) membaca Deklarasi Melaka 2022 pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.