IPOH: Majlis Media Malaysia yang sedang dirancang penubuhannya, perlu bebas daripada campur tangan mahupun pergantungan kepada kerajaan, dan ia perlu kekal bebas walaupun jika berlaku pertukaran dalam kepimpinan kerajaan, kata ahli panel Forum Media Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Bercakap dalam Forum Media yang bertajuk Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital hari ini, Ketua Pengarang Jakarta Post Taufiqurrahman, Penasihat Kanan Persatuan Pengiklan Malaysia Mohammad Kadri Talib, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group Nicholas Sagau, dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare Group Sheila Shanmugam, senada menyokong penubuhan majlis media itu di Malaysia.
Dengan mengambil Majlis Media Indonesia sebagai contoh, Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.
Beliau berkata majlis media dianggotai enam ahli itu mengendalikan sebarang bentuk fitnah atau aduan daripada orang ramai, di samping menyediakan latihan serta pendidikan kepada wartawan dan badan media.
"Ia adalah satu cara bagi mewujudkan kawalan kendiri antara kita, tanpa melibatkan campur tangan politik daripada kerajaan atau pihak perniagaan," katanya.
Sehubungan itu beliau berkata ahli majlis media di Malaysia harus dipilih, dan bukannya dilantik oleh kerajaan.
Beberapa ahli panel forum itu berpandangan dalam mewujudkan Majlis Media Malaysia, ada isu-isu tertentu yang mesti ditangani terlebih dahulu, seperti skop, objektif dan agendanya.
"Adakah kita mahu mewujudkan garis panduan atau mengenakan peraturan? Apa yang perlu kita tangani dan apakah pergantungan itu? Kebergantungan pada badan yang mana? Adakah ia mengenai peraturan? Adakah ia mengenai penciptaan kandungan? Adakah ia mengenai bakat?" kata Sheila pula.
Beliau berkata menentukan butiran ini akan membantu dalam mendapatkan ahli yang benar-benar berkelayakan menduduki tempat yang tepat.
Semasa ahli panel forum itu bersetuju bahawa majlis media yang dicadangkan itu harus kekal sebebas mungkin, ada juga yang berpendapat masih perlu ada ruang untuk kerajaan bersuara dalam hal ehwal media.
Ahli panel itu turut berbincang sama ada kerajaan harus mengikuti contoh Australia, Indonesia dan Taiwan dalam mewajibkan organisasi berita berbayar Big Tech untuk menggunakan kandungan mereka pada platform masing-masing.
Taufiqurrahman berkata Indonesia sedang merangka undang-undang yang memerlukan platform media sosial untuk membuat perjanjian perniagaan dengan organisasi berita.
"Saya rasa ini adalah satu-satunya cara yang kita ada untuk kita memiliki masa depan yang mampan bagi menampilkan peluang sama rata buat semua pihak media. Jika tidak, ia akan menjadi persaingan yang sangat sengit, bebas disertai semua, dan jika anda di pihak yang kerdil, anda langsung tiada peluang," katanya.
Bagaimanapun tidak semua bersetuju campur tangan sebegini akan berjaya.
"Saya rasa amat sukar untuk mewujudkan peluang sama rata dalam pasaran. Walaupun kita mengubah diri kita, syarikat-syarikat besar seperti Meta (syarikat induk Facebook) dan Google, akan sentiasa berada di sana untuk bersaing," kata Nicholas.
Beliau berkata terdapat beberapa model perkongsian pendapatan untuk organisasi berita dan Big Tech, termasuk bekerja dengan platform media sosial, atau meminta Big Tech membayar cukai kepada kerajaan, yang akan disebarkan kepada organisasi berita.
Forum media anjuran bersama BERNAMA dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abd Razak itu dihadiri oleh wartawan dan ahli akademik dari Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, China, Jepun dan Kuwait.
HAWANA disambut setiap tahun pada 29 Mei bagi meraikan wartawan di Malaysia sejak 2018, dengan tarikh 29 Mei dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Ketua Editor The Jakarta Post M Taufiqurrahman bercakap ketika slot Kelangsungan Media Tradisional Dalam Era Digital pada sesi Forum Media bertajuk Masa Depan Media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sebuah hotel hari ini. - BERNAMA
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.

Tiga wartawan veteran Perak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA
Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.