KUCHING: Lima pengamal media Bumi Kenyalang bakal dinobat sebagai penerima Anugerah Khas Premier Sarawak sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan berlangsung di sini dari 25 hingga 27 Mei ini.
Tanpa mengulas lanjut kriteria bagi penerima anugerah itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak atau UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata ia akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
"Berita baiknya ada lima pengamal media Sarawak terpilih untuk Anugerah Apresiasi Premier Sarawak... kita juga ingin menyeru sokongan daripada Premier (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) untuk terus menyumbangkan dana untuk Anugerah Kewartawanan Kenyalang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Media Sarawak 2024 dan HAWANA 2024 di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai pengisian program HAWANA, Abdullah berkata pengamal media khususnya dari luar Sarawak akan dibawa melawat beberapa lokasi ikonik sekitar ibu negeri seperti bangunan Dewan Undangan Negeri, Muzium Budaya Borneo dan Dataran Ibu Pertiwi sebagai tanda penghargaan kerana berkunjung ke Bumi Kenyalang.
"Kita ingin pastikan HAWANA yang diadakan di Bumi Kenyalang sebagai yang terbaik dan tetamu yang berjumlah lebih 300 warga media dari Semenanjung serta luar negara untuk terlibat dalam program lawatan ini bagi menunjukkan tahap tertinggi layanan baik untuk warga wartawan.
"Kita mahu dedahkan kepada wartawan yang tidak pernah bertugas di Sarawak untuk mengetahui perkembangan bukan sahaja dari sudut pembangunan malah situasi terkini Sarawak yang agak berlainan berbanding dahulu," katanya sambil menambah sejumlah 20 reruai dan pameran akan dibuka sempena penganjuran HAWANA 2024.
Bertemakan ''Etika Teras Kewartawanan Mapan,' lebih 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara anggota ASEAN turut dijemput menghadiri HAWANA 2024 yang merupakan platform penting untuk fraterniti media profesional dan pakar industri, bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.
Perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana acara tahunan berkenaan.
Turut hadir bagi mesyuarat pada Sabtu, ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Abdullah Saidol mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Media Sarawak 2024 dan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Deklarasi wartawan bakal diumum pada Hawana 2022
Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.

Akta Antiberita Tidak Benar digazet hari ini
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan hari ini.