KUCHING: Lirik lagu Bukan Kerana Nama nyanyian artis rock terkenal Datuk Ramli Sarip harus dihayati oleh pelajar jurusan komunikasi sebagai antara cara menyelami maksud berkomunikasi.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkata ini akan membolehkan mereka memahami bahawa mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk serta cara.
"Jika anda menghayati liriknya, anda akan mengerti... komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, (sama ada) secara terus atau naratif, ia amat subjektif," katanya pada sesi dialog Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama Mahasiswa di Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini.
Sesi itu adalah sebahagian daripada pengisian Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa yang dihadiri kira-kira 250 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kolej SEGi Sarawak dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan UNIMAS itu turut dihadiri Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif agensi berita berkenaan Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarangnya, Arul Rajoo Durar Raj serta Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.
Abdullah juga berkata prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan sewajarnya menjadi panduan kepada pelajar komunikasi untuk memahami etika kewartawanan dalam konteks Malaysia.
"Tentang etika (kewartawanan) dan sebagainya, pada akhirnya kita kembali kepada Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kita boleh memiliki pelbagai undang-undang dan kod etika, (tetapi pada) akhirnya kita adalah warganegara (Malaysia)," katanya.
Beliau turut menghargai usaha Bernama berganding bahu dengan UNIMAS menganjurkan program jelajah itu yang dapat menjadi sebahagian daripada persiapan pelajar untuk memulakan karier dalam bidang komunikasi.
"Kita berterima kasih kepada Bernama kerana tujuannya adalah untuk menguruskan kecerdikan pelajar supaya apabila keluar universiti, ia akan membuahkan kebijaksanaan," katanya.
Selain sesi dialog, program itu menyaksikan pembentangan berkaitan Mobile Journalism oleh Wartawan Kanan Meja Digital Media Bernama Syed Iylia Hariz Al-Qadri dan Fact Check oleh Editor MyCheck Malaysia dan Unit Data Journalism agensi berita berkenaan Sakina Mohamed.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Abdullah berkata, prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan sewajarnya menjadi panduan kepada pelajar komunikasi untuk memahami etika kewartawanan dalam konteks Malaysia. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.

Lebih 30,000 meriahkan konsert rakyat sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka
Persembahan konsert yang berlangsung selama empat jam bermula 8 malam itu merentasi muzik dari era 90-an sehingga kini.

Pemimpin Sarawak perlu bincang pelaksanaan undang-undang larang ADUN lompat parti
Datuk Abdullah Saidol berkata secara prinsip beliau menyokong larangan melompat parti itu diguna pakai di Sarawak serta Dewan Undangan Negeri itu.

Penduduk Sarawak tunjuk kesedaran awam tinggi - Abdullah Saidol
Kebanyakan kes COVID-19 yang direkodkan di Sarawak dikesan menerusi inisiatif ramai yang membuat ujian calitan (swab test) secara sukarela.

'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.