KUALA LUMPUR: Semua maklumat hebahan berhubung situasi banjir di negara ini disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melakukan koordinasi operasi agensi bencana di peringkat negeri dan daerah.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata sejak Monsun Timur Laut (MTL) 2022-2023 bermula pada 7 Nov lepas, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menggunakan model ramalan banjir Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) serta mengeluarkan 32 buletin amaran banjir dua hari lebih awal kepada penduduk di negeri-negeri terlibat.
Beliau berkata terdapat empat komponen utama di bawah PRAB iaitu pengesanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ramalan dan hebahan banjir serta senarai kawasan panas (hotspot) banjir mengikut negeri bagi tahun 2022 yang melibatkan 5,496 kawasan seluruh negara.
"Maklumat ramalan dan amaran banjir ini berjaya dilaksanakan melalui pelaksanaan PRAB, yang bermula pada tahun 2015 dan dilaksanakan secara berfasa. Maklumat itu dikongsikan kepada NADMA sebelum MTL untuk persediaan awal bagi semua agensi terlibat.
"Bagi tujuan hebahan yang lebih meluas peringkat orang awam, hebahan amaran banjir turut dipaparkan di portal Publicinfobanjir, media sosial rasmi JPS seperti facebook, twitter, dan Instagram," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan media pada Jumaat yang mendakwa negara menanggung kerugian sebanyak RM36 bilion setahun akibat banjir berikutan sistem amaran banjir yang lemah.
Menurut Md Nasir, PRABN turut mengeluarkan 63 hebahan ramalan aras air yang melibatkan Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak, manakala bagi kejadian banjir kilat, sebanyak 27 Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat dikeluarkan di seluruh negara.
Katanya JPS juga menyiapkan 36 Peta Hazard Banjir dan dikongsikan dari semasa ke semasa kepada agensi kerajaan berkaitan dan orang awam boleh merujuk kawasan hot spot banjir dengan lebih mudah.
"Kami juga melaksanakan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam kepada penduduk di Pantai Timur khususnya di lembangan Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang untuk kesiapsiagaan menghadapi banjir berdasarkan amaran banjir dikeluarkan JPS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022

MD NASIR: Maklumat ramalan dan amaran banjir ini berjaya dilaksanakan melalui pelaksanaan PRAB, yang bermula pada tahun 2015 dan dilaksanakan secara berfasa. - Gambar fail/BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.

Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.

Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.