KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu semalam melakukan enam penerbangan helikopter untuk menghantar ribuan kilogram barangan keperluan asas ke Felda Tersat di Hulu Terengganu, yang kini menjadi "pulau".
Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata helikopter itu berulang alik dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wakaf Tapai ke Felda Tersat yang pada masa ini tidak boleh diakses melalui jalan darat.
"Bantuan bekalan itu adalah daripada pihak Felda Terengganu, kita tolong hantarkan ke kawasan yang terjejas dan syukur proses penghantaran melalui udara berjalan lancar walaupun terpaksa ulang-alik banyak kali," katanya.
Beliau berkata walaupun dalam keadaan hujan renyai operasi yang bermula kira-kira 10 pagi semalam berjaya diselesaikan.
Selain menghantar bekalan kepada mangsa banjir, jabatan itu turut menggunakan helikopter untuk membuat pemantauan dari udara di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir besar sejak semalam.
Sementara itu katanya, jabatan bomba sentiasa bersiap siaga sekiranya khidmat jabatan itu diperlukan untuk sebarang kes kecemasan melibatkan penduduk di kawasan terjejas banjir yang terputus hubungan seperti jalan ditenggelami air sepenuhnya dan tidak boleh diakses kenderaan biasa.
"Misalnya malam tadi kami dapat maklumat ada pesakit jantung perlu dibawa segera ke Hospital Besut. Bomba berjaya membawa pesakit keluar dan hantar ke hospital pada malam tadi juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Selain menghantar bekalan kepada mangsa banjir, JBPM Terengganu turut menggunakan helikopter untuk membuat pemantauan dari udara di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. - Facebook FELDA

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Gas bocor di Kawasan Perindustrian Kerteh: Seorang pekerja cedera, dua selamat
Seorang pekerja berusia 29 tahun cedera di bahagian betis selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

Kesedaran penduduk semakin tinggi, ramai berpindah sendiri ke PPS - Bomba
Kesedaran penduduk Terengganu dalam menyelamatkan diri dan keluarga ketika berhadapan dengan banjir kini semakin tinggi dan wajar dipuji.

Cuaca panas: Bomba Terengganu pantau kawasan hutan berisiko kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menjalankan pemantauan di kawasan hutan yang berisiko kebakaran berikutan cuaca panas yang melanda negara kini.

Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.

Terengganu rekod 20 kes mati lemas tahun ini
Daripada jumlah itu, tiga kes berlaku dalam tempoh banjir gelombang pertama ketika musim monsun timur laut.

JBPM Terengganu kenal pasti 192 lokasi berisiko banjir
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengenal pasti 192 lokasi berisiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Helikopter bomba lakukan enam penerbangan hantar bekalan ke 'pulau' Felda Tersat
Felda Tersat pada masa ini tidak boleh diakses melalui jalan darat.

Warga emas rentung, suami melecur, terperangkap dalam kebakaran
Dalam insiden kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa Fatimah Mohd, 79 tahun, maut selepas terperangkap di dalam rumah.

Enam sekeluarga sesat lima jam di Bukit Penunjuk ditemukan selamat
Difahamkan, keluarga itu tinggal di Pahang dan datang ke sini melawat kebun, kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar.