KUALA LUMPUR: Helikopter dikendalikan seorang juruterbang yang hilang di kawasan hutan di Bidor hari ini telah merekodkan kehilangan altitud secara mendadak sebelum gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, sistem radar di KLATCC telah merekodkan pergerakan helikopter berkenaan sebelum hilang jam 12.16 tengah hari.
“Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.
“Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang (namun gagal), walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang itu.
“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang dari satu minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Helikopter swasta dikhuatiri hilang di hutan sekitar Bidor
Katanya, Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu.
Beliau berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).
Terdahulu, helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Jenis helikopter yang dikhuatiri hilang itu merupakan Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd.
Faris Danial Razi
Sun Sep 11 2022

Sistem radar di KLATCC telah merekodkan pergerakan helikopter berkenaan sebelum hilang jam 12.16 tengah hari. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Helikopter terputus hubungan di timur Indonesia
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 300 anggota daripada pelbagai agensi sedang dijalankan di lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan.

Helikopter tentera Jepun hilang: Lima mayat ditemukan di Okinawa
Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah penumpang yang menaiki helikopter berkenaan.

Sebahagian besar rangka helikopter Jepun yang hilang ditemukan
Sebahagian besar rangka helikopter Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) yang hilang di wilayah selatan Okinawa ditemukan pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Nahas helikopter: Juruterbang warganegara Hong Kong disahkan maut - Ketua Polis Perak
Tsz Kin Richard Chan yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit.

Helikopter hilang: SAR tumpu kawasan Hutan Simpan Chikus
Atur gerak SAR yang telah dimulakan pada jam kira-kira 4 petang itu melibatkan di kawasan sempadan antara Hilir Perak dan Bidor.

Helikopter hilang belum ditemui, SAR ditangguh pagi esok atas faktor cuaca
Operasi SAR helikopter yang yang hilang di kawasan hutan di Bidor itu akan disambung pagi esok.

Helikopter hilang: Radar kesan kehilangan altitud mendadak - CAAM
Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

Helikopter swasta dikhuatiri hilang di hutan sekitar Bidor
Helikopter tersebut berlepas dari LTSAA Subang pada 11.37 pagi dan dijadualkan sampai di LTSAS Ipoh pada jam 12.37 tengah hari.

Laporan awal nahas helikopter AS350 selesai
Menurut laporan awal nahas yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara, kerangka utama helikopter berkenaan juga masih hilang dan dipercayai tenggelam di dasar sungai.

Nahas helikopter AS350: Pencarian bangkai helikopter diteruskan - DCA
Beliau berkata operasi mencari dan mendapatkan bangkai pesawat itu diketuai DCA bersama-sama dengan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).