Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 Khamis malam, menurut sumber ketenteraan.
Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.
"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat," kata sumber itu kepada Bernama.
Katanya pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.
Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya.
Bernama difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis, manakala tiga yang lain ialah Mejar, Kapten dan Sarjan.
Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu telah menyebabkan ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk.
"Helikopter itu disifatkan sebagai 'total loss'," katanya.
Menurutnya, latihan penerbangan malam agak berisiko kerana juruterbang terpaksa bergantung kepada "Night Vision Goggle" serta instrumen penerbangan lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai kejadian itu.
Katanya beliau dimaklumkan yang helikopter itu tidak terhempas tetapi membuat pendaratan cemas ekoran masalah penerbangan.
Beliau berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dialami mangsa yang terlibat.
Bernama
Fri Jan 31 2014

Helikopter jenis Agusta A-109 LUH.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Helikopter PUTD terhempas, semua empat anggota tentera selamat
Helikopter terbabit sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat.