JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib melihat kembali secara lebih fokus dan teliti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, dasar tindakan afirmatif di bawah Perkara 153 perlu dilaksana dengan lebih kreatif dan inovatif untuk benar-benar menolong Melayu dan Bumiputera yang miskin dan mundur ekonominya.
"Dasar-dasar bersifat kartel dan monopoli dengan segala keistimewaan permit import (AP) yang selama ini hanya menguntungkan segelintir elit Melayu kroni di kelas atasan perlulah dinokhtahkan. Keutamaan sekarang perlu berpindah kepada menjaga kepentingan jutaan rakyat Melayu miskin dan mundur di seluruh negara.
"Dalam nafas yang sama nasib rakyat miskin dan mundur kaum-kaum lain juga tidak boleh diabaikan. Mereka yang senasib dengan orang-orang Melayu dan Bumiputera yang miskin dan mundur itu juga wajib dibela sama.
"Jika ini diaksanakan, barulah boleh panggil kerajaan Anwar Ibrahim ini kerajaan Madani," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, dasar tindakan afirmatif yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu bukan falsafah ekonomi bersifat kapitalis.
Jelasnya, jika dasar berkenaan dilaksanakan secara pendekatan kelas mirip pendekatan sosialis dengan mengutamakan kelas orang Melayu bawahan yang miskin, maka sudah lama kaum itu dapat dibebaskan daripada kemiskinan dan kemunduran ekonomi.
"Apa yang berlaku dalam tempoh 66 tahun merdeka, UMNO parti Melayu yang kuat itu mengambil pendekatan pembangunan ekonomi secara kapitalis terutama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun ataupun satu pertiga daripada tempoh pemerintahan UMNO sebelum ia tumbang dalam pilihan raya umum 2018," dakwanya.
Di bawah pentadbiran Dr Mahathir katanya, dasar penswastaan sektor ekonomi dilaksanakan dengan meluas apabila syarikat- syarikat milik kerajaan diswastakan seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan banyak lagi.
"Mahathir berjaya dalam melahirkan beberapa orang Melayu yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari kedua tapak tangan untuk menjadi tokoh-tokoh Korporat yang kaya raya hasil daripada dasar penswastaannya manakala jutaan rakyat Melayu yang lain kekal sebagai pekerja-pekerja kolar biru bergaji rendah di bandar-bandar dan petani, pesawah dan nelayan miskin di desa-desa," dakwanya lagi.
Selain itu ujarnya, sejak merdeka pada 1957, UMNO yang merupakan parti Melayu paling kuat pada masa itu melaksanakan pendekatan kelas dalam menangani kemiskinan dan kemunduran ekonomi.
Tambahnya, jika pengkelasan tersebut tidak dilakukan maka nasib orang Melayu tidak seperti sekarang ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023
Hassan berkata, dasar tindakan afirmatif di bawah Perkara 153 perlu dilaksana dengan lebih kreatif dan inovatif untuk benar-benar menolong Melayu dan Bumiputera yang miskin dan mundur ekonominya. - Gambar fail
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Henti dasar bersifat kartel dan monopoli, laksana tindakan afirmatif - Hassan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib melihat kembali secara lebih fokus dan teliti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.