KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen supaya tidak mengungkapkan perkataan-perkataan sensitif seperti kafir, zionis dan yahudi di Dewan Rakyat.
Sebaliknya, beliau meminta Ahli-ahli Parlimen untuk membawa isu-isu rakyat serta negara sebagai matlamat utama dan tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai medan politik.
"Kita telah mengharungi empat hari perbahasan belanjawan 2024 sepanjang minggu lalu. Dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai hujah dan pendirian yang telah diutarakan yang mendorong ke arah perkara-perkara sensitif yang mengguris hati.
"Kenyataan-kenyataan yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitif, keharmonian bersifat label-melabel antara kita. Ini termasuk kenyataan kafir, zionis dan yahudi antara ahli-ahli Yang Berhormat," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Johari turut meminta Ahli Parlimen membuka lembaran baharu selain memadamkan isu panas yang dibangkitkan pada minggu lalu itu.
"Pada hari ini, saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat membuka lembaran baharu.
"Padamkanlah isu panas tersebut yang berlaku pada minggu lalu. Biarkanlah perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat berlandaskan isu demi membela nasib rakyat di luar di sana," jelasnya.
Justeru beliau menggesa Ahli-ahli Parlimen untuk menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu.
Sehubungan itu, beliau menegaskan tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan sekiranya isu dan perkataan berkenaan dibangkitkan.
Minggu lalu dilaporkan tindakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang didakwa menyebut 'DAP kafir' mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.
Sementara utu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen daripada Pas itu sebagai kurang sopan dan biadab kerana DAP juga dianggotai oleh Ahli Parlimen yang beragama Islam.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mencelah dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana beliau menyifatkan dirinya sebagai mangsa kepada penggunaan istilah tersebut.
“Apa yang berlaku pada 18 Oktober lalu, Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) mengatakan saya yahudi merujuk kepada hansard, dia kata saya yahudi, dia tidak tarik balik.
“Pendang (Datuk Awang Hashim) pula dia kata saya zionis, kali pertama dia sebut dia tarik balik, lepas itu dia sebut lagi, saya merujuk hansard, dia sebut empat kali kata saya zionis,” katanya.
Namun Johari meminta beliau mengemukakan bukti dan memasukkan usul supaya boleh diambil tindakan dan berharap isu tersebut tidak berulang.
Sementara itu, isu itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd. Misbahul Munir Masduki yang memaklumkan istilah kafir tidak salah digunakan kepada orang bukan Islam dan bukan bermaksud untuk menghina.
“Yang Berhormat cukuplah, apa lagi yang Yang Berhormat nak buktikan, saya kata cukup, cukuplah,” kata Johari.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 23 2023

Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen supaya tidak mengungkapkan perkataan-perkataan sensitif seperti kafir, zionis dan yahudi. - Foto fail/BERNAMA

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.

Aktivis sayap kanan Israel anjur persidangan buka petempatan Yahudi di Gaza
Semasa persidangan, bengkel diadakan untuk mengajar cara membina petempatan tanpa kebenaran rasmi kerajaan.

Setahun Genosid Gaza: Terjemahkan jaringan kerjasama antarabangsa kepada tindakan bermakna
Kerjasama diperingkat antarabangsa perlu diterjemahkan kepada tindakan bermakna demi keamanan Palestin.

Setahun genosid: Malaysia seru komuniti antarabangsa bersatu
Wisma Putra menegaskan ini adalah masanya untuk bertindak selepas genap setahun kekejaman rejim Zionis Israel terhadap Palestin.

Badan, pemimpin dunia masih terjerat naratif pro-Zionis
Sebilangan pemimpin dan badan dunia mengeluarkan kenyataan dilihat cenderung ke arah pro-Zionis.

Lebih 500 maut di Lubnan akibat serangan bom Israel
Angka korban serangan tentera pengganas Zionis di Beirut dan bahagian selatan Lubnan kini melebihi 500 nyawa.

Kekejaman Zionis: Israel amal sikap 'satu dunia salah', kini giliran Mesir jadi mangsa – PM Anwar
Israel sering bersikap cuba menyalahkan seluruh dunia yang tidak menyebelahi tindakannya, dan yang terbaharu ialah Mesir, kata Anwar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.