KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pembelian kotak TV penstriman yang tidak sah agar tidak teraniaya dari sudut undang-undang.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar mengulas berhubung penggunaan kotak TV haram yang menyiarkan siaran tanpa kebenaran sekali gus melanggar Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.
Tegasnya, tawaran dengan harga yang lebih murah oleh pihak tertentu dalam memasarkan kotak TV haram di pasaran terbuka, sering kali menjadi 'umpan' buat pengguna.
Namun natijahnya, pengguna tidak sedar bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
"Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 10 Februari 2022 dan telah mula dikuatkuasakan mulai 17 Mac tahun ini.
"Pindaan ini telah membawa beberapa perubahan terhadap Akta Hak Cipta, 1987 yang bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pelanggaran hak cipta menerusi teknologi penstriman.
"Polis Daerah Cheras bersama Jabatan Keselamatan Astro telah mengadakan program kesedaran tentang akta ini di beberapa lokasi di sekitar Cheras pada 26 Julai 2022 semalam," jelasnya.
Sepanjang kempen berkenaan jelasnya, didapati banyak premis masih tidak mengetahui akan kesalahan yang mereka lakukan.
Namun ketika ini, amaran telah diberikan agar kegiatan itu dihentikan serta merta.
"Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada premis perniagaan dan individu yang menayangkan siaran hiburan menggunakan perkhidmatan berbayar seperti Astro dan lain-lain penyedia perkhidmatan secara tidak sah adalah suatu kesalahan.
"Kami menasihatkan agar masyarakat untuk menghentikan penggunaan peranti penstriman yang tidak dibenarkan dan memastikan mereka memperoleh langganan bersesuaian serta menggunakan perkhidmatan hiburan yang sah di premis mereka kerana penstriman haram adalah suatu kesalahan," katanya.
Turut dikesan, tindakan segelintir premis melakukan kesalahan melanggar kontrak penyiaran dengan menggunakan kotak TV siaran di rumah bagi tujuan komersial.
Jika tertangkap, ujar Muhammad Idzham, pemilik kotak TV berkenaan boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 43A Akta Hak Cipta.
"Pengarah syarikat juga boleh bertanggungjawab secara peribadi jika syarikat mereka terbabit dalam aktiviti yang dilarang seperti penstriman haram.
"Penstriman ini juga salah satu jenayah scam yang kami (PDRM) tengah promosi kempen kesedaran kepada masyarakat.
"Penstriman ini kalau jenayah scam keuntungan kepada satu pihak sahaja, tetapi kalau penstriman sekarang yang berleluasa ini, mangsa akan lebih teraniaya (kerana melakukan kesalahan tanpa sedar)," katanya lagi.
Kesan kepada ekonomi negara
Mengulas lanjut tambah Ketua Polis Daerah Cheras itu, tindakan individu mahupun premis menggunakan kotak TV haram membawa kesan yang besar kepada negara.
Lebih lagi apabila kerajaan kehilangan hasil cukai daripada sesebuah syarikat penyiaran apabila terpaksa menanggung kerugian gara-gara siaran mereka dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Jadi apa-apa tindakan aktiviti haram ini, terutama kesan terhadap cukai kerajaan, apabila pendapatan satu syarikat seperti Astro ini berkurangan.
"Jadi hasil kerajaan juga berkurangan, maksudnya di sini kita sama-sama membantu ekonomi negara cuba kita elakkan apa-apa perkhidmatan tidak disahkan undang undang.
"Saya ingin mengambil kesempatan disini, untuk mengingatkan semua masyarakat dibawah IPD Cheras supaya cuba menghentikan dan mengelakkan terutama penstriman tidak sah," tegasnya lagi.
Dalam pada itu jelas Muhammad Idzham, pihak polis akan terus menjalankan kempen kesedaran itu secara berkala di sekitar Cheras.
Fareez Azman
Wed Jul 27 2022
Rakyat dinasihatkan agar berhati-hati dengan pembelian kotak TV penstriman yang tidak sah agar tidak teraniaya dari sudut undang-undang. - BERNAMA
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Mangsa di Sarawak dan Sabah menurun
jumlah mangsa banjir sarawak merekodkan sedikit penurunan dengan keseluruhan 7,552 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis turut rampas 18 helai pakaian yang dilengkapi lencana atau lambang bersama aksesori pakaian berkenaan.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan selain 13 telefon bimbit dirampas.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
Penstriman K-pop meningkat 362 peratus di peringkat global dalam tempoh 5 tahun
Penstriman muzik K-pop di platform penstriman terbesar dunia, Spotify, melonjak dalam tempoh lima tahun lepas.
Rusia halang kelajuan YouTube hingga 70% mulai minggu ini
YouTube didakwa gagal tarik semula halangan ke atas saluran media milik Rusia dan enggan halang kandungan yang didakwa menyebar berita palsu.
China sambung semula penstriman kandungan Korea Selatan selepas digantung enam tahun
Langkah itu disambut baik oleh Seoul dan menyifatkan ia simbol kesediaan Beijing untuk memperbaiki hubungan.
Pelanggan Astro bakal nikmati Netflix di Ultrabox dan Ultibox
Netflix akan boleh diakses di Ultrabox selepas kerjasama dilancarkan, dan di Ultibox dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Perkhidmatan satelit masih terganggu, pelanggan boleh buat penstriman di Astro GO
Astro dimaklumkan oleh pembekal satelit bahawa pihaknya memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi.
Aplikasi penstriman percuma 'sooka' dilancarkan
sooka memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan Malaysia, dan siri original eksklusif.
Astro ambil peranan sebagai pengagregat selepas jalin kerjasama dengan Disney Plus Hotstar
Astro Malaysia Holdings Bhd muncul sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman dan jalur lebar selepas menjalinkan kerjasama dengan Disney Plus Hotstar baru-baru ini, kata Citi Research.
Kerajaan India kawal kandungan digital, platform penstriman OTT negara
Antara platform OTT yang turut akan dikawal termasuk Netflix, Amazon Prime Video dan Disney Plus.
Penapisan kandungan Netflix: Bincang dalam-dalam agar hak pengguna tidak terjejas
Perdebatan mengenai penapisan isi kandungan platform penstriman video Netflix kini sedang hangat diperkatakan dan mengundang pelbagai kontroversi.