KUALA LUMPUR:Merokok sudah diketahui memberikan kesan buruk kepada kesihatan, namun tabiat itu boleh dihentikan melalui rawatan secara holistik bagi mewujudkan kualiti hidup yang lebih sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Klinikal Solace Asia, Dr. Prem Kumar Shanmugam berkata, rawatan untuk mengurangkan tabiat merokok boleh dibuat melalui kaedah biologi, psikologi dan sosial.
“Rawatan daripada segi biologi ialah dengan memberikan mereka (perokok) ubat-ubatan bersesuaian, di samping menilai kesan pembuangan, diet dan simptom-simptom dihadapi.
“Dari segi psikologi, sokongan berterusan orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan dapat membantu mengatasi tabiat ini,” katanya dalam diskusi webinar AWANI LINC bertajuk “Bahaya Asap dan Pengurangan Kemudaratan Tembakau” baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, dari segi sosial pula, seseorang itu dapat memberhentikan tabiat tersebut sekiranya mempunyai persekitaran sekeliling yang bebas daripada asap rokok.
Untuk rekod, Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 hingga 2020 menunjukkan seramai 4.7 juta orang berumur 15 tahun dan ke atas adalah perokok di Malaysia.
Sementara itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menunjukkan trend perokok dewasa semasa mengalami penurunan iaitu sebanyak 21.3 peratus.
Dalam perkembangan sama, Pakar Perubatan Keluarga Hospital Beacon, Dr Raja Ahmad Shaharul berkata, kesihatan dan kualiti seseorang perokok itu akan bertambah baik apabila mereka berhenti merokok.
“Nampak jelas kesihatan mereka semakin baik, kulit bertambah sihat, pernafasan semakin lancar dan risiko mendapat sakit jantung atau kanser juga dapat dielakkan walaupun baru seminggu berhenti,” katanya.
Namun beliau menambah, risiko merokok tidak akan hilang sepenuhnya sehingga seseorang itu berhenti merokok dalam jangka masa 10 tahun.
“Selepas 10 tahun, keadaan kesihatan jantung akan kembali seperti risiko seperti mereka yang tidak menghisap rokok,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Imran Ajmain berkata, selain memotivasikan diri untuk berhenti merokok, kesedaran berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan juga perlu dipraktikkan.
“Di sekeliling saya pada sewaktu itu tidak ada kesedaran untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hanya memikirkan cara dan usaha sendiri, termasuklah saya yang tidak pernah terfikir berjumpa dengan doktor.
“Aset terbesar apabila saya dapat mengawal dan mendisiplinkan diri untuk tidak merokok walaupun berdepan dengan persekitaran atau dikelilingi perokok.
“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat di media sosial dan carian internet mengenai rawatan untuk mereka yang ingin berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan, termasuklah perkhidmatan psikologis,” katanya.
Sementara itu, Raja Ahmad Shaharul menambah, situasi paling membimbangkan adalah peningkatan pesakit kanser paru-paru dalam kalangan perokok pasif yang berpunca daripada menghidu asap rokok.
“Trend penyakit ini dalam kalangan perokok pasif semakin meningkat, namun apa yang membimbangkan adalah ramai tidak sedar asap rokok dihembus lebih berbahaya berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok aktif.
“Sebagai contoh, apabila seorang suami menghisap rokok di dalam kereta, perkara yang boleh menyebabkan kanser atau karsinogen ini boleh melekat di atas permukaan kerusi-kerusi dalam kereta.
“Jadi, kita yang tidak menghisap rokok ini mempunyai tanggungjawab untuk menasihati orang terdekat agar berhenti merokok di kawasan-kawasan yang memungkinkan asap itu dihidu,” jelasnya.
Dianggarkan hampir 85 peratus rakyat Malaysia merupakan golongan bukan perokok dan majoriti bukan perokok ini tidak berani menyuarakan hak mereka sebagai bukan perokok.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewartakan 23 tempat larangan merokok bermula Januari 2019, mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan 2018) bagi membendung peningkatan kes tidak diingini.
Ia termasuk semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, juga diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Ehsan A Marisah
Fri Jan 22 2021
![Henti merokok, tingkat kualiti kesihatan Henti merokok, tingkat kualiti kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611214960_MEROKOK.jpg)
Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 hingga 2020 menunjukkan seramai 4.7 juta orang berumur 15 tahun dan ke atas adalah perokok di Malaysia. - Gambar BERNAMA
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
Lepaskan lapan das tembakan, polis sedang jejak saspek warga tempatan
Seorang lelaki warga tempatan telah melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
![Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730890914_TBDewanRakyat.jpg)
Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
![Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718366658_SMOKING.jpg)
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
![KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729350356_merokok.jpg)
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
![Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721350059_ParisOlympics.jpg)
Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.
![8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi 8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696481353_MuhammadRadzi.jpg)
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
![Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701340935_TBmenterikesihata.jpg)
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
![Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022 Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
![Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680588445_MEROKOK.jpg)
Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
![Rasa bersalah dengan anak genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip Rasa bersalah dengan anak genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677966882_BapaTipsMerokok.jpg)
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
![RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665813033_KementerianKesihata.jpg)
RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.