KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin meminta semua pihak berhenti menyalahkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas kegagalan Malaysia mencapai sasaran pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata Hannah sudah bekerja keras walaupun baru dilantik sebagai menteri dan mempunyai tempoh yang singkat dalam menerajui persiapan kontinjen negara bagi temasya sukan dwitahunan itu.
Hamidin berkata tumpuan juga perlu diberikan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meningkatkan lagi prestasi atlet negara selepas Malaysia hanya mengumpul keseluruhan 34 berbanding 40 emas yang disasarkan.
"Beliau (Hannah) buat tugas yang baik sehingga hari ini, kita tidak boleh menyalahkannya, beliau baru enam bulan (jadi menteri).
"Beliau setiap hari jumpa dengan presiden persatuan sukan kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan MOM di sini, hari ini.
"Di sini MSN perlu bertanggungjawab juga kerana mereka antara yang berkolaborasi dengan persatuan.
"Kami akan lihat kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang Sukan SEA 2025 dan terutama Sukan SEA 2027 kerana kebanyakan dana datang dari MSN," tambah beliau.
Kontinjen negara membawa pulang keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa di Kemboja, iaitu pencapaian yang sedikit lebih baik daripada kutipan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.
Namun berdasarkan kedudukan carta pingat, Malaysia menamatkan saingan di posisi terburuk apabila menduduki tempat ketujuh buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA selepas menghuni tangga keenam pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.
Justeru, beberapa pihak mendesak Hannah membuat permohonan maaf susulan kegagalan di Kemboja, malah terdapat juga yang mempertikai kenyataan Ahli Parlimen Segambut itu bahawa ketidakstabilan politik menjejaskan prestasi barisan atlet negara.
Sementara itu, Hamidin gembira dengan komitmen ditunjukkan Milo yang terus konsisten memberi sumbangan kepada kemajuan sukan negara menerusi perjanjian penajaan hingga 2028 dengan dana akan disalurkan bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Perjanjian itu ditandatangani Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Ng Su Yen, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols dan Hamidin.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran bekas jaguh sukan dan atlet elit kebangsaan iaitu atlet wanita negara pertama beraksi di Sukan Olimpik Annie Choong (olahraga), Tan Sri Dr M. Jegathesan (olahraga), Datuk Soh Chin Aun (bola sepak), Nurul Huda Abdullah (renang), Datuk Rashid Sidek (badminton), Ng Shu Wai (gimnastik artistik) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Hamidin berkata tumpuan juga perlu diberikan kepada MSN bagi meningkatkan lagi prestasi atlet negara. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

Kajian beras MyCC dapati tiada elemen bertentangan undang-undang persaingan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.
AWANI 7:45 [24/2/2025] – Pelaburan tidak wujud | Tangani banjir kawasan berisiko tinggi | Syarikat merugikan | Kerapuhan gencatan senjata
Scam menggila di media sosial, nenek rugi RM4 juta sindiket melabur dalam Facebook.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.
RM22 bilion rancangan tebatan banjir seluruh negara.
Agensi kerajaan rugi, kaji semula hala tuju syarikat subsidiari kerajan.
Israel hantar kereta kebal masuk Gaza, Nentanyahu dibawa ke mahkamah.
AWANI Tonight: EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
EPF will declare its 2024 dividend payment this weekend, with expectations of a higher return following strong investment performance.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.

MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.