KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang perlu menghentikan serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan selain berusaha menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan sistem federalisme berjalan lancar.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata mereka juga boleh berunding dengan kerajaan Pusat sekiranya mahukan peruntukan sama rata diberikan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
"Anwar sudah berkali-kali menyatakan kesediaan beliau untuk berbuat demikian, tinggal lagi pemimpin pembangkang perlulah datang berunding mengenainya.
"Itulah yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang, beliau datang berunding dengan Perdana Menteri waktu itu (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan hasilnya termeterailah MoU (Memorandum Persefahaman) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 Sept 2021," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata tindakan Perdana Menteri ketika itu adalah contoh pembangkang yang konstruktif dan mempunyai agenda yang baik sehingga ke arah transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Meskipun Kerajaan Perpaduan masih banyak kekurangan, beliau berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan tetap mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikan.
"Bersabarlah. Anwar dan Kerajaan Perpaduan ini baharu sahaja lima bulan memerintah. Nilai kejayaan Anwar dan Kerajaan Perpaduan ini dengan mata hati.
"Lihat kepada media yang lebih bebas, gejala rasuah yang sudah dapat dibendung, pemborosan yang dapat dijimatkan, ekonomi yang lebih baik, pembelaan kepada rakyat miskin, negara yang lebih demokratik, rakyat yang semakin bebas bersuara, tetapi ingat jangan sampai memfitnah dan menyentuh 3R (raja, agama, kaum)," katanya.
Mohammad Agus berkata Anwar juga komited mahu mewujudkan tata kelola baik, membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, mendakwa tanpa memilih bulu, membela kemiskinan serta mengangkat kemanusiaan.
"Saya semakin optimis. Saya mengharapkan sangat reformasi dapat disegerakan dan Malaysia MADANI akan terlaksana baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023

Agus berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan tetap mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikan. - Gambar FB Mohammad Agus Yusoff

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.