Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini meminta orang ramai berhenti daripada menularkan video sekumpulan anggota tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut.
Katanya video itu adalah video lama yang ditularkan semula mungkin bagi mengaitkan dengan kejadian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak Jumaat lepas.
"Saya kira itu satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya minta hentikan perbuatan itu kerana ia adalah dua entiti yang berbeza.
"Video itu tiada kaitan kematian dua anggota tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis pembubaran dan penganugerahan pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) Pasukan Interim PBB (Malbatt) 850-4 di sini.
Pada masa sama beliau turut meminta orang ramai menghormati pendekatan latihan sedia ada yang bertujuan menghasilkan anggota tentera dengan keampuhan jasmani dan rohani, namun mengakui ada perkara yang perlu ditambah baik.
"Yang ditular itu mungkin ada yang tidak wajar berlaku di situ," katanya.
Video yang memaparkan latihan pasukan khusus itu pernah tular enam tahun lepas dan kembali mendapat perhatian masyarakat sejak dua tiga hari lalu.
Pada majlis hari ini 850 pegawai dan anggota pasukan Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Riezal Arif Ismail menerima pingat PNBB.
Mereka merangkumi 76 pegawai dan 774 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia termasuk tiga pegawai dan 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan.
Mereka diatur gerak ke Lubnan secara berperingkat mulai 14 Sept 2016 dan berkhidmat selama 12 bulan di bawah naungan panji PBB sehingga 21 Sept lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2017

Raja Mohamed Affandi minta henti tular video anggota tentera menunggu ditendang di perut. - Gambar Bernama.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.

Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ATM akan distruktur semula sebagai angkatan masa hadapan - PAT
ATM akan distruktur semula menjadi angkatan masa hadapan, dengan kredibiliti menepati kemajuan teknologi, cabaran masa hadapan dan menepati ekspektasi rakyat.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Agong kurnia 'Tun' kepada Mohamed Hashim
Mohamed Hashim mendahului senarai 45 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM
Kaedah baharu itu dijangka mengguna pakai cara yang sama dengan Op Benteng memandangkan operasi terbabit banyak mencapai kejayaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Jeneral (B) Mohd Ghazali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth yang meninggal dunia hari ini.

Bekas PAT ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi jangkitan paru-paru.