Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa orang ramai menghentikan perbuatan menyebar gambar dan video wanita bertudung menghisap vape yang kini 'viral' di laman sosial.
Jelasnya, perbuatan wanita berhijab itu sudah dilihat sebagai kurang manis, namun, tindakan menyebarkan videonya hanya akan memburukkan nama Malaysia yang dikenali dengat adab dan resam budaya tinggi.
"Tidak manis wanita (bertudung hisap vape), sebab banyak juga apabila saya melihat daripada komen-komen itu daripada ayah yang ada anak gadis mereka juga khuatir apabila perkara itu jadi budaya di Malaysia.
"Memang betul sebagaimana Perdana Menteri Kanada bercakap, sekarang 2015 ia sudah berubah, tetapi kita masih bertunjangkan budaya dan adat resam yang baik," katanya ketika ditemui pada sidang selepas majlis perasmian Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN di sini pada Ahad.
Bagaimanapun, orang ramai tidak sepatutnya terus menghukum mereka, sebaliknya memberi mereka peluang untuk tidak melakukan perkara itu lagi.
"Tidak perlu lagi kita memperbesarkan lagi isu ini. Ya, memang ia (wanita berhijab hisap vape) tidak manis kelakuan begitu. Saya rasa mereka yang terlibat mungkin apabila mendapat kecaman sudah berubah. Kita jangan menghukum. Saya rasa lebih molek kalau tidak lagi di'viral'kan," tegas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.
Justeru, beliau menasihatkan golongan wanita muda terutamanya agar lebih sensitif dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej diri sendiri dan negara.
"Itu (hisap vape) hak masing-masing. Namun, kita sebagai wanita muda seharusnya lebih tahu apabila datang dari Malaysia, kita ada berakar umbikan adat resam dan budaya Malaysia patut lebih sensitif dengan keadaan sekeliling. Saya yakin dan percaya wanita muda di Malaysia boleh menerima keadaan itu,"
Vape bukan sahaja terkenal dalam kalangan kaum lelaki, namun ia turut menjadi 'kegemaran' bagi remaja perempuan dan wanita.
Malah, gambar aksi mereka menghisap vape semakin viral di laman sosial dan banyak mendapat kecaman pelbagai pihak.
Rahimah Abdullah
Sun Nov 08 2015

MAS ERMIEYATI: Orang ramai tidak sepatutnya terus menghukum mereka, sebaliknya memberi mereka peluang untuk tidak melakukan perkara itu lagi. - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar Tingkatan 2 cedera jatuh bumbung selepas hisap vape di sekolah
Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya di sini, dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape.

Dakwaan hisap vape: Jurugambar mohon maaf kepada Ikmal Hisham
Jurugambar Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap vape.

Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM
Tindakan itu adalah untuk pengajaran kepada jurugambar tersebut dan beliau sekali lagi menegaskan tidak menghisap vape malah tidak pernah menghisap rokok juga.

Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.

Suami isteri mengaku tidak bersalah beri anak hisap vape
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Henti viralkan wanita berhijab hisap vape
Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa orang ramai hentikan perbuatan menyebar gambar dan video wanita bertudung menghisap vape di laman sosial.