YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menasihati semua pihak agar dapat menghentikan amalan khurafat serta aktiviti pemujaan di beberapa kawasan di Gunung Jerai memandangkan ianya amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Menurutnya, perbuatan itu bukan sahaja boleh merosakkan akidah seseorang malah berkemungkinan menjadi punca kepada berlakunya kejadian bencana atau bala di satu-satu lokasi.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa Pejabat Agama Daerah serta Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah dan akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi mengelakkan amalan itu dari terus berlaku dan berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Idris turut menyifatkan peranan besar juga telah dimainkan guru-guru agama, dan alim ulama di Kedah sebelum ini dalam memastikan masyarakat faham akan kesan perbuatan khurafat dan pemujaan.
"Kita harapkan benda ini terhenti, ini kerana bila datangnya bala Allah, dia tak kena pada orang yang buat itu sahaja, dia datang bala semua kena.
"Sebab itu ada sahabat tanya Nabi, dia tanya adakah orang baik akan kena kalau datang bala? Nabi kata ya, termasuk juga kamu, cuma esok kamu akan dibangkitkan, berdasarkan kepada niat mereka maksudnya orang baik akan dibangkitkan dalam keadaan baik, manakala orang yang buat benda tidak baik, mereka itu akan menerima hukuman," katanya ketika sidang media selepas melakukan tinjauan kesan kejadian kepala air di Titi Hayun, di sini pada Sabtu.
Kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 18 Ogos lalu, telah mengakibatkan beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai termasuk Titi Hayun, Tupah, Seri Perigi dan Batu Hampar dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh.
Kejadian itu mengorbankan enam mangsa manakala seorang lagi terselamat.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Idris menyatakan bahawa bermungkinan besar bilangan jemaah yang dibenarkan memasuki masjid akan ditambah dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, pihaknya akan mengadakan perbincangan dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ia sebelum ianya dipanjangkan bagi mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri dan Sultan sebagai ketua agama negeri masing-masing.
Abd Hadi Che Awang
Sat Sep 11 2021
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad pada sidang media sempena Program Sumbangan Musa'adah Bencana Banjir di Titi Hayun hari ini.- Foto BERNAMA
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
Hentikan amalan khurafat, elak berlaku bala lagi di Gunung Jerai - Idris Ahmad
Idris menasihati semua pihak agar menghentikan amalan khurafat serta aktiviti pemujaan di beberapa kawasan di Gunung Jerai.