Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendakwa ada pihak menggunakan sentimen perkauman demi kepentingan politik mereka sehingga menjadikan perkara itu semakin ekstrem.
"Sentimen perkauman ini sengaja diwujudkan... yang dilihat ke arah ektremisme dan ini perkembangan politik tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
"Berdasarkan pemerhatian saya, sudah ada beberapa pihak mengambil kesempatan menggunakan isu perkauman semata-mata untuk masa depan parti politik mereka sahaja," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel pada Forum 'A New Malaysia: The Way Ahead', anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia di Universiti Sunway dekat sini, pada Rabu.
Turut hadir dalam forum itu sebagai panelis ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor (Perak), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Anggota Parlimen Batang Sadong (Sarawak) Datuk Seri Nancy Shukri
Moderator forum itu ialah Pengarah Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Asia Institute Tasmania, University of Tasmania, Australia, Profesor James Chin.
Fahmi yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata beliau menolak sentimen perkauman seperti itu, dan berharap parti-parti dalam Pakatan Harapan dan pembangkang agar tidak menggunakan taktik tersebut untuk mendapat sokongan orang ramai.
"Saya menyeru semua parti politik menolak politik perkauman ekstremis ini yang hanya mencetuskan perasaan kebencian dan ia suatu perkembangan politik tidak sihat untuk Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 19 Okt depan.
"Tarikh itu dijadual berlangsung pada pembentangan Bajet 2019. Guan Eng akan memberi penerangan tentang kerajaan berkaitan dasar dan program akan dibuat bagi membantu rakyat...kita tunggu tarikh itu untuk mengetahui sama ada BR1M akan diteruskan atau ditamatkan," katanya.
Sementara itu, Zambry berkata Barisan Nasional (BN) masih wujud, dengan MCA dan MIC masih bersama BN.
"BN masih wujud....BN tidak boleh terus menyingkirkan MCA dan MIC walau apa pun orang kata. Sebagai sebuah parti, BN masih wujud selagi tidak ada kenyataan rasmi yang mengatakan sudah tiada," katanya yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Zambry berkata BN sedang merangka strategi untuk menjadi pembangkang yang kuat, antaranya ialah menjalinkan kerjasama dengan PAS dan mungkin parti-parti politik lain pada masa hadapan.
"BN perlu merancang dengan teliti bagi memastikan kita mewujudkan barisan pembangkang yang mantap. BN terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 29 2018

Panelis Forum 'A New Malaysia: The Way Ahead', dari kanan, Fahmi, Zambry dan Nancy. Turut kelihatan, kiri sekali, moderator Chin. --fotoBERNAMA

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.