Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji.
Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.
"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya kepada pemberita selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di sini, pada Sabtu.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap penyebar fitnah berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pihaknya akan cuba mempertahankan kos menunaikan haji pada tahun ini iaitu RM9,980 bagi jemaah haji yang pertama kali menunaikan Rukun Islam kelima itu.
"Tabung Haji akan menanggung subsidi haji sebanyak RM180 juta untuk musim haji tahun ini," katanya.
Bernama
Sun Feb 21 2016

Azeez mahu serangan tanpa usul periksa ke atas Tabung Hajii dihentikan - Foto BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

KP1M agih 20 kontena bantuan kepada mangsa banjir P. Pinang
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 20 kontena pelbagai jenis barangan keperluan kepada sekurang-kurangnya 5,000 keluarga di bahagian pulau negeri ini yang terjejas banjir.

Kompleks Tabung Haji KLIA beroperasi tahun depan
Keputusan itu dibuat bagi memudahkan perjalanan para jemaah memandangkan pusat jemaah berkumpul di KLIA itu hanya mengambil masa 10 minit.

Tabung Haji akan pohon 8,000 kuota tambahan jemaah tahun ini
Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 8,000 jemaah haji pada tahun ini daripada Kerajaan Arab Saudi.

Hentikan fitnah, jangan politikkan isu Tabung Haji - Azeez
Abdul Azeez turut menjelaskan Tabung Haji cuba mempertahankan kos menunaikan haji sejumlah RM9,980 bagi jemaah haji kali pertama.

Kenyataan 'balik Tongsan' cetus kekecohan di Parlimen
Sesi Parlimen hari ini kecoh apabila satu kenyataan 'balik Tongsan' diucapkan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.