WALAUPUN negara sedang dilanda krisis kesihatan dan ekonomi ketika ini, namun isu rasuah tidak pernah sunyi diperkatakan.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu, ada saja isu rasuah yang muncul menjadi tajuk berita utama di media.
Malah, dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan penggal ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020, baginda turut menyentuh isu rasuah.
Baginda berpesan, apa juga pelan dan program ke arah pembentukan sebuah negara maju yang stabil lagi makmur tidak akan tercapai jika negara terus dibelenggu dengan amalan rasuah.
Begitulah gambaran mengenai isu rasuah di negara ini yang seolah-olah tiada redanya hingga mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan bahawa telah menerima sebanyak 286 maklumat dan 22 aduan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dalam tempoh PKP bermula 18 Mac sehingga 21 April lalu.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM juga telah menahan tiga individu dalam dua kes berbeza berhubung perbuatan melakukan rasuah penguat kuasa yang bertugas di barisan hadapan.
Dalam kes pertama, dua warga Pakistan telah ditahan di Kota Kinabalu, Sabah kerana cuba menyogok pihak berkuasa sebanyak RM7,000 bagi mengelak dikenakan tindakan kerana suspek dipercayai menyeludup rokok ketika melalui sekatan jalan raya.
Manakala dalam kes kedua pula, seorang peniaga ditahan kerana dipercayai telah merasuah pegawai penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak RM500 di Kluang, Johor sebagai dorongan mengelak dikenakan tindakan atas kesalahan membuka premis perniagaan tanpa kebenaran.
Berdasarkan kedua-dua kes ini, jelaslah bahawa perbuatan jenayah atau perlanggaran undang-undang termasuk rasuah tetap akan berlaku dalam apa jua keadaan atau bentuk kawalan yang dilaksanakan.
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan ialah berkaitan data yang dikeluarkan SPRM tersebut, jumlah 286 maklumat dalam tempoh 35 hari waktu PKP itu bukanlah satu jumlah kecil.
Jika diperincikan, secara purata dianggarkan terdapat sembilan maklumat diterima dalam sehari, manakala selang sehari pula terdapat satu aduan berkaitan rasuah.
Demi kepentingan rakyat, pegawai SPRM perlu menjalankan siasatan walaupun dalam keadaan terbatas, bahkan sekiranya menangguhkan proses tersebut ia bakal menambah beban menjelang pasca PKP nanti.
Apa tidaknya, ramai pakar yang menjangkakan bilangan kadar jenayah termasuk rasuah akan meningkat akibat desakan hidup di setiap lapisan golongan rakyat pada pasca PKP nanti.
Memetik satu laporan media baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia, Green Zebras yang melakukan Kaji Selidik Persepsi Rakyat Malaysia Tentang Rokok dan Vape mendapati seramai 93 peratus responden cenderung untuk beralih kepada rokok seludup berikutan duti eksais yang tinggi.
Pengarah Urusan Green Zebras, Steve Murphy menjelaskan, perkara tersebut berlaku kerana pendapatan rakyat Malaysia terkesan akibat pandemik COVID-19 dan PKP. Apabila pendapatan mula menyusut, permintaan untuk produk pasaran gelap yang lebih murah dijangka akan meningkat.
Berdasarkan dapatan ini, maka jangkaan peningkatan jenayah yang mendorong kepada perbuatan rasuah memang mempunyai asas khususnya dalam kalangan sektor penguatkuasaan.
Namun apa yang lebih penting pada pasca PKP nanti, rakyat dan SPRM perlu saling bekerjasama membantu negara untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan ketirisan demi menyelamatkan harta negara daripada dilesapkan oleh penjenayah-penjenayah rasuah yang rakus.
Jangan takut melaporkan rasuah kerana identiti pelapor dilindungi undang-undang.
Dalam pada itu, memahami tugas utama kerajaan ketika ini ialah untuk menamatkan wabak COVID-19 dengan kadar segera bagi membolehkan masyarakat kembali dengan kehidupan normal sekali gus memulihkan ekonomi, namun isu-isu rasuah yang timbul dalam tempoh ini, seharusnya turut diberi keutamaan.
Sebagaimana kita berperang memutuskan rantaian wabak COVID-19, begitulah juga seharusnya kita memutuskan rantaian rasuah. Hentikan gelombang rasuah semasa dan pasca PKP.
Kamaruddin M Ripin
Tue May 19 2020
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu, ada saja isu rasuah yang muncul menjadi tajuk berita utama di media.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.