Orang ramai digesa supaya menghentikan perdagangan hidupan liar secara haram melalui medium dalam talian kerana populasi hidupan liar semakin diancam oleh trend baharu itu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru orang ramai agar terlibat tidak dalam aktiviti sedemikian, sekali gus menyumbang kepada kepupusan hidupan liar di negara ini.
Dengan ruang siber sebagai pasaran perdagangan hidupan liar haram, katanya, sesiapa pun boleh terjebak dalam penipuan yang diwujudkan individu dan kumpulan tidak bertanggungjawab yang mahukan wang segera dengan menjual haiwan yang jarang dijumpai dan eksotik yang tidak boleh diperoleh di kedai-kedai haiwan peliharaan.
"Saya ingin membuat rayuan kepada rakyat Malaysia supaya berhenti membeli dan menjual hidupan liar secara haram.
"Janganlah jadi penyumbang kepada kepupusan hidupan liar di negara ini, sebaliknya jadilah mereka yang melindungi haiwan ini dalam habitatnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan Hari Hidupan Liar Sedunia yang disambut pada Khamis dengan tema sambutannya, 'Masa Depan Hidupan Liar Di Tangan Kita'.
Menurut Jabatan Perhilitan, sebanyak 43 kes jenayah hidupan liar dalam talian direkodkan dan 14 daripadanya sudah disabitkan di mahkamah sejak 2013 hingga Januari tahun ini.
Menerusi operasi khas dijalankan Perhilitan ke atas perdagangan hidupan liar dalam talian itu, sebanyak 67 spesies hidupan liar berjaya diselamatkan pihak berkuasa.
Susulan operasi itu juga, beberapa 'group' atau 'page' yang aktif sebelum ini juga telah ditutup oleh pengendali media sosial berkenaan.
Unit Jenayah Siber yang ditubuhkan Jabatan Perhilitan sejak 2013 itu sentiasa memantau laman media sosial yang mengiklan atau menawarkan hidupan liar untuk dijual.
Biarpun begitu, hakikatnya penggunaan media sosial dalam penjualan hidupan liar menjadikan usaha membanteras aktiviti perdagangan hidupan liar secara haram amat mencabar berikutan modus operandinya yang pelbagai dan mudah diubah pada bila-bila masa.
Jabatan Perhilitan juga menyediakan saluran aduan melalui talian hotline dan juga system e-aduan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan penjualan hidupan liar atas talian ini.
Tan Su Lin
Sat Mar 05 2016

WAN JUNAIDI: Saya ingin membuat rayuan kepada rakyat Malaysia supaya berhenti membeli dan menjual hidupan liar secara haram. -Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu
Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.

Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.

Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.

Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
PDRM akan mempergiatkan risikan dan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah ini demi keselamatan masyarakat.

Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.

Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.

Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.

Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.