IPOH: Kerajaan negeri Perak hendaklah mengambil langkah-langkah bermakna menghentikan pembaziran makanan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Jabatan kerajaan, titahnya, mesti menunjukkan contoh yang baik, bermula daripada menempah kuantiti makanan dalam majlis dan acara yang diadakan hingga kepada semasa berlangsungnya perjumpaan atau mesyuarat.
Titah baginda, setiap isi rumah, sekolah, maktab dan universiti, masjid dan rumah ibadat, serta operator makanan, restoran dan hotel wajib mengamalkan budaya tidak menyediakan makanan secara berlebihan yang hanya berakhir di dalam tong sampah.
“Di negara kita dilaporkan, setiap hari 17,000 tan sisa makanan yang boleh mengisi perut tiga juta rakyat dilupuskan.
“Empat ribu lapan puluh tan daripada jumlah tersebut merupakan makanan yang dibazirkan. Jumlah tersebut meningkat sepuluh peratus pada bulan Ramadan,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-14, di sini, hari ini.
Menurut Sultan Nazrin, data di peringkat global menunjukkan, nilai makanan yang dibazirkan mencecah 2.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar dunia.
“Angka-angka tersebut membayangkan betapa seriusnya perbuatan pembaziran makanan yang sedang berlaku,” titah baginda.
Tambah baginda, manusia perlu dididik dengan nilai menghargai makanan dan disemai dengan budaya tidak membazirkan makanan.
Dalam pada itu, baginda menyeru supaya masjid, rumah ibadat, sekolah, badan sukarela, pertubuhan belia dan anggota masyarakat membantu usaha menyedarkan rakyat mengenai pentingnya pengambilan vaksinasi dos penggalak
"Insaflah akan tugas berat yang sudah lebih dua tahun terpaksa dipikul oleh kakitangan kesihatan.
“Rakyat wajib menunjukkan simpati, melaksanakan tanggungjawab membantu meringankan beban tugas kakitangan Jabatan Kesihatan dengan mengambil langkah-langkah preventif agar penularan wabak diminimumkan,” titah baginda.
Sehingga 18 Mac lalu, menurut baginda, 66 peratus daripada penduduk dewasa di Perak yang layak, telah menerima dos penggalak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 28 2022

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima DUN Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
![[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama [KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712223046_RumahterbukaMakan.jpg)
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.

Lebih satu bilion tan makanan dibazirkan di seluruh dunia setiap hari - Laporan PBB
Sisa makanan adalah tragedi global, berjuta orang kelaparan hari ini kerana makanan dibazirkan di seluruh dunia.

Jangan membazir, ada 'masa depan' baharu untuk sisa makanan bazar Ramadan
Sisa itu kini bukan lagi sampah tidak bernilai, sebaliknya ia mempunyai 'masa depan baharu' dan boleh memberi manfaat kepada alam sekitar, apabila diproses menjadi baja kompos.

KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.

Ramadan: Pembaziran sempitkan peluang pembangunan rohani - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya negatif itu bercanggah dengan tujuan unggul di sebalik kefarduan ibadat puasa iaitu untuk menyuburkan rohani seorang Muslim.

90,000 tan makanan dibazirkan Ramadan tahun lepas - CAP
Sebanyak 90,000 tan makanan dibazirkan dan dibuang di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan pada tahun lalu.
![[KOLUMNIS] Ikhtiar melestari alam menerusi eko-iftar [KOLUMNIS] Ikhtiar melestari alam menerusi eko-iftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680830460_TBsisamakanan.jpg)
[KOLUMNIS] Ikhtiar melestari alam menerusi eko-iftar
Setiap kali hendak makan, kita akan berdoa: "Ya Allah, berkatilah rezeki kami." Tetapi selepas makan, rezeki yang diberkati itu dibuang ke singki.

Berhemat dalam pembelian, tangani pembaziran makanan - Salahuddin
Salahuddin berkata pihak kementerian akan terus mengadakan kempen kesedaran bagi memberi pendidikan kepada orang ramai.

Manfaatkan mesin retort, elak pembaziran makanan - KPDNHEP
Kerajaan menyeru industri perhotelan, pengusaha katering dan peniaga makanan supaya dapat bersama-sama menghantar makanan ke lokasi terdapatnya kemudahan mesin berkenaan.

Hentikan pembaziran makanan - Sultan Nazrin
Jabatan kerajaan mesti menunjukkan contoh yang baik, bermula daripada menempah kuantiti makanan dalam majlis dan acara yang diadakan.