KUCHING: Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.
Dalam satu surat terbuka kepada media sekitar jam 1.21 pagi ini, Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di sini.
"Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
"Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.
"Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini," katanya.
Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya akan sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.
"Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.
"Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya-Allah.
"Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih."
Sejak semalam, tular kandungan sebuah portal berita yang mendakwa Raghad telah melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar, dengan mencabut segala gajet rawatan yang dipasang ke badannya.
Turut tular, salinan laporan polis oleh pihak hospital berkenaan selain foto Abdul Taib yang sedang dirawat.
Raghad pada petang semalam turut memaklumkan menerusi media sosialnya bahawa tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat jahat, sambil mendakwa telah mendapat kebenaran jururawat bertugas dan memuat naik nota oleh jururawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Abdul Taib, 87 tahun, menamatkan perkhidmatan 10 tahunnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Isnin lalu, dan digantikan oleh anak didiknya, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sebelum ini, Abdul Taib yang menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet negeri dan Persekutuan sejak 1963, merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Rudi Affendi Khalik
Mon Feb 05 2024
![Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707176741_TBTaibMahmudDUN.jpg)
Raghad (kiri) memohon orang ramai menghentikan semua andaian dan tuduhan jahat terhadapnya kerana keutamaannya ketika ini hanyalah untuk menjaga suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud. - Instagram Raghad Taib
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai Tunjang Keharmonian Sarawak Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai Tunjang Keharmonian Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708565242_TBAbdulTaibjpg.jpg)
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
![Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708556858_TBTaibMahmud.jpg)
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
![Tun Abdul Taib pemimpin tegas tetapi pemurah, prihatin - Nanta Linggi Tun Abdul Taib pemimpin tegas tetapi pemurah, prihatin - Nanta Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708478142_TunAbdulTaibMahmu.jpg)
Tun Abdul Taib pemimpin tegas tetapi pemurah, prihatin - Nanta Linggi
Di sebalik ketegasan beliau sebagai pemimpin, ramai yang tidak mengetahui bahawa Tun Abdul Taib juga adalah seorang yang pemurah dan prihatin terhadap nasib rakyat.
![Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708490875_TBTAIBMAHMUD.jpg)
Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara
Upacara penghormatan peringkat Semenanjung jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, selesai pada jam 11.30 pagi.
![Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708488647_TBBenderajpg.jpg)
Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang
Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian Tun Abdul Taib Mahmud.
![Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707176741_TBTaibMahmudDUN.jpg)
Hentikan sangkaan buruk terhadap saya - Raghad
Raghad berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di Kuching.
![Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan
Polis Diraja Malaysia Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.
![Taib Mahmud semakin sihat, kembali ke tanah air 15 Ogos Taib Mahmud semakin sihat, kembali ke tanah air 15 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691368115_TunAbdulTaibMahmu.jpg)
Taib Mahmud semakin sihat, kembali ke tanah air 15 Ogos
Isteri kongsi video Abdul Taib sedang berehat di luar negara.
![Astana Sarawak sahkan Taib Mahmud makin pulih, pulang dalam masa terdekat Astana Sarawak sahkan Taib Mahmud makin pulih, pulang dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691039902_TSAbdulTaibMahmud.jpg)
Astana Sarawak sahkan Taib Mahmud makin pulih, pulang dalam masa terdekat
Astana Negeri Sarawak mengesahkan keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semakin baik.
![PM Ismail Sabri terima gelaran 'Datuk Patinggi' Sarawak PM Ismail Sabri terima gelaran 'Datuk Patinggi' Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665310489_TuanYangTerutama.jpg)
PM Ismail Sabri terima gelaran 'Datuk Patinggi' Sarawak
Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak.