KUALA LUMPUR : Seekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi nama 'Blake' terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidapi barah limfoma.
JBPM dalam kenyataannya memaklumkan, anjing pengesan dari baka English Springer Spaniel itu sebelum ini didapati menghidap barah itu pada tahap empat, 15 Ogos lalu.
Susulan itu, Blake sekali lagi dimasukkan ke wad anjing kesayangan di Fakulti Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September 2023 selepas didapati hilang selera makan dan kelesuan.
"Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar, malah barah limfoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar.
"Hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman dari Fakulti Veterinar, UPM, pihak Jabatan telah bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan anjing pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut," kata JBPM dalam kenyataan hari ini.
Blake yang telah berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.
Antaranya melibatkan tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Kampung Kenangan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di titi Hayun, Yan Kedan serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.
Diatas peranan penting yang dimainkan oleh 'Blake' sepanjang berkhidmat, anjing unit K9 ini pernah menerima pingat 'Golden Performance' dalam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember lalu.
JPBM dalam pada itu mengenang segala jasa yang disumbang oleh Blake dan akan sentiasa menghargai khidmat bakti hero negara ini.
Nickyson Nyambar
Tue Sep 19 2023

'Blake' yang telah berkhidmat selama enam tahun di bawah unit K9 ini pernah menerima pingat 'Golden Performance' diatas peranan yang dimainkannya semasa operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali Disember lalu. - Gambar JBPM
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19
Pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.