Majlis pernikahan Afifah Qamariah dan Faldo Arsanda Aziz berlangsung sekitar pukul 8 pagi (9 pagi waktu Malaysia) dengan kehadiran sejumlah tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan rakan karib.
Sementara sejumlah tetamu lain diundang oleh Hetty untuk menonton acara akad nikah itu secara virtual menerusi aplikasi Zoom.

Sebelum pasangan berkenaan disatukan, penghibur yang turut disegani dan diminati di Malaysia ini pernah berkongsi beberapa foto di akaun Instagram peribadinya beberapa acara prapernikahan Afifah dan Faldo.
Apa yang menariknya, tumpuan seluruh peminat penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Hati Lebur Jadi Debu dan Berdiri Bulu Romaku pada acara-acara penyatuan dua hati itu ialah pada gabungan adat Bugis Makassar yang diwarisi daripada suami beliau, Yusof serta adat Padang dari keluarga menantunya.
