PUTRAJAYA: Sejenis spesies hibrid orkid baharu dinamakan sebagai Dendrobium Dr Wan Azizah, sempena nama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diperkenalkan pada majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani di sini hari ini.
Pengarah Komunikasi Perbadanan Putrajaya (PPj) Norzita Abdul Razak dalam kenyataan sempena majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 oleh Dr Wan Azizah itu berkata hibrid orkid itu telah didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London.
"Dendrobium baharu ini telah dihasilkan daripada kacukan Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan.
"Hibrid orkid baharu ini mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk kerinting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah," katanya.
Norzita berkata setangkai spesies bunga berkenaan boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok.
"Keratan bunganya bertahan lebih dua minggu dan hibrid ini amat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting dan rajin berbunga," katanya.
Norzita berkata festival Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung tujuh hari bermula hari ini menyajikan pameran pelbagai spesies orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan di negara ini dan menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang program berlangsung.
Sempena cuti sekolah ini, PPj menggalakkan orang ramai berkunjung ke pameran tersebut dan kemasukan adalah percuma.
"Penganjuran acara ini juga bertujuan memperkenal dan mempamerkan koleksi dan spesies orkid khas, jarang ditemui dan unik yang terdapat di Malaysia," katanya menambah pengunjung juga berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat 20 jenis orkid VIP yang dinamakan sempena kalangan kerabat diraja dan orang kenamaan yang akan dipamerkan di dalam Galeri Orkid tertutup.
Antara orkid VIP termasuk Papilionanda Sultan Idris Shah, Holttumara Tuanku Zara, Renanthera Kalsom dan Phalaenopsis Do Bru Queen Saleha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Dr Wan Azizah (kanan) menerima Sijil Pendaftaran Nama Orkid Dendrobium Dr Wan Azizah daripada Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. - Foto Bernama
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Hibrid orkid baharu dinamakan Dendrobium Dr Wan Azizah
Sejenis spesies hibrid orkid baharu dinamakan sebagai Dendrobium Dr Wan Azizah, sempena nama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.