PETALING JAYA: Hidup bersama secara aman dengan mengiktiraf unit keluarga bagi mencerminkan kepentingan dalam menggalakkan persaudaraan sesama insan merupakan satu daripada 10 resolusi penemuan yang dipersetujui dalam Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024.
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada majlis penutupan persidangan sehari yang dianjurkan oleh JAKIM dan Liga Dunia Muslim di sini semalam.
"Kebencian dan perkauman merupakan sentimen ganas yang mendedahkan kecacatan besar dalam pemahaman konsep agama, kebangsaan dan sivil.
"Sentimen sebegitu adalah penghasut terbesar ke arah keganasan dan perpecahan. Ia juga menjadi punca utama mengapa perpaduan dalam sistam moral manusia sering terjejas," katanya.
Hakimah berkata persidangan itu juga mendapati bahawa dialog berkesan berdasarkan kepada pendekatan beradab merupakan cara terbaik bagi menyelesaikan konflik, merapatkan perbezaan dan mengatasi ketakutan, salah faham dan prasangka, termasuk merungkai teori pertembungan tamadun yang tidak dapat dielak.
"Dialog yang berkesan dan pendekatan dengan niat baik serta impak ketara dalam membina persefahaman dan kerjasama adalah cara terbaik untuk menangani ideologi ekstremis," katanya.
Hakimah berkata agama tidak boleh diambil kesempatan dalam mencapai apa-apa tujuan yang menyimpang daripada tujuan rohani dan pembaharuan.
Berdasarkan penemuan itu, Hakimah berkata persidangan turut merumuskan tujuh cadangan, pertamanya menyeru kesedaran dunia untuk memupuk penyelesaian yang jujur, adil dan berkesan, yang pada masa sama melindungi semua hak kemanusiaan serta mengekalkan nilai-nilai bersama.
Kedua, persidangan menyeru pemimpin agama untuk tidak membenarkan masyarakat dihasut dengan sentimen yang mencetuskan permusuhan dan perpecahan serta menjejaskan perpaduan negara dengan melakukan amalan impulsif atau bermusuhan termasuk dengan sengaja menyebarkan maklumat yang mengelirukan dan palsu.
Cadangan ketiga, menyeru institusi kebangsaan dan agama untuk mendepani segala bentuk diskriminasi dan pengecualian terhadap agama, budaya dan etnik minoriti.
"...berusaha untuk mewujudkan perundangan yang kukuh dan berkesan bagi menggalakkan nilai-nilai kasih sayang, pemaaf dan persaudaraan," katanya.
Keempat, persidangan menyeru institusi berkenaan untuk turut melindungi perpaduan keluarga kerana ia mewakili teras masyarakat.
Hakimah berkata cadangan kelima ialah menyeru pelbagai platform berpengaruh terutamanya media untuk sentiasa mengambil berat tentang tanggungjawab moral yang diamanahkan kerana mereka adalah institusi paling berpengaruh dalam membentuk pendapat umum.
"Keenam, kami menyeru institusi agama di seluruh dunia memupuk sifat pemaaf dalam kalangan masyarakat bagi mengukuhkan ikatan perpaduan dan persaudaraan serta menolak ekstremisme yang mampu membangkitkan kebencian dan mengambil kesempatan daripada agama bagi mencetuskan krisis dan konflik," katanya.
Cadangan terakhir ialah persidangan mengecam semua amalan ekstremis dan keganasan terhadap mana-mana penganut agama dan menyokong segala inisiatif murni yang dapat menangkis semua amalan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa (dua, kanan) pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024. - Foto BERNAMA

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.