WALAUPUN era gemilang rock kapak boleh dikatakan sudah berlalu ketika ini seiring arus perubahan zaman, tidak dapat dinafikan peminat atau pengikut genre muzik itu masih ada dan setia.
Lagu-lagu berentak rock masih lagi kita dengar di pelbagai platform hari ini membuktikan bahawa generasi peminatnya masih ramai, walau mungkin sedikit demi sedikit ditenggelamkan oleh genre muzik terkini yang menjadi kegilaan sebahagian besar anak muda.
Jika bercakap soal muzik atau lagu, tidaklah menjadi satu keganjilan andai ia masih didengari hingga ke hari ini.
Namun, jika menyentuh soal penampilan, seperti cara pemakaian 'mat rock' yang pada era 80-an dan 90-an dahulu itu masih dibawa pada waktu ini, pasti ia bukan satu kelaziman lagi.
Apatah lagi seandainya sosok yang masih sanggup keluar di khalayak umum dengan gaya sebegitu merupakan anak muda yang bukan lahir dari era 70-an atau 80-an. Jika begitu, tentu ia sesuatu yang agak pelik dan jarang berlaku!
Namun, itulah yang ditunjukkan oleh anak muda kelahiran Klang, Selangor, Muhammad Firdaus Mohd Zaidi, 28 tahun.
Ketika rakan taulan sebayanya yang lain cenderung mengikuti imej atau trend muzik yang lebih terkini, namun tidak pula baginya. Dia sudah terbiasa dengan muzik rock sejak usia kanak-kanak lagi.
"Kalau dicerita sejarah minat dengan rock kapak ni sebenarnya sejak usia saya terlalu kecil lagi. Ketika kanak-kanak, saya sering mendengar lagu kegemaran ibu saya dan melihat gaya penampilan pak cik dan mak cik saya yang merupakan peminat setia muzik rock.
"Malah saya masih ingat, ketika masih di sekolah rendah, saya sering dibawa mereka ke konsert rock seperti XPDC dan lain-lain sekitar Klang. Muzik rock seakan-akan sebati dengan jiwa saya sehingga kini," kongsinya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun, sebaik mendaki alam remaja dan masih di bangku sekolah menengah, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Angah Jai mula benar-benar menzahirkan minat mendalamnya itu secara fizikal dengan berketerampilan dan berpakaian persis seorang rocker sebenar pada zaman kemuncak dahulu.
Tidak perlu rasa malu
Bagi Angah Jai, ia bukanlah sesuatu yang ganjil atau perlu dimalukan, meskipun ramai yang kehairanan melihat gayanya yang agak melawan arus gaya semasa anak muda seusianya.
"Bagi saya, menampilkan imej rock ini adalah satu kelainan. Ia dapat menggamit memori zaman remaja orang tua saya, dan juga era gemilang rocker satu ketika dulu.
"Pastinya ada yang berasa pelik... bukan sahaja mereka yang sama baya malah yang lebih tua atau yang pernah melalui era tersebut juga. Maklumlah, saya ni kira muda, tapi rock!" jelasnya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga menganggap muzik dan era rock adalah yang terbaik dan takkan mampu dimamah zaman.
Walaupun sudah berkeluarga, namun minatnya itu tidak pernah terhalang oleh isteri atau komitmennya sebagai bapa.
Malah mereka sudah cukup memahami minat Angah Jai, dan tidak merasakan minatnya itu sesuatu yang keterlaluan atau memalukan.
Angah Jai teguh dengan pandangannya bahawa setiap orang mempunyai minat masing-masing yang perlu dihormati.
Tambahnya, tidak kurang juga ada orang yang akan menyapanya dan disusuli pelbagai soalan andai terserempak dengannya. Ternyata, saat mengenakan jean koyak dengan singlet berlengan pendek serta berambut panjang, boleh mencetus rasa ingin tahu.
Selain tentang dirinya, ada juga mereka yang sealiran bertanyakan perihal minat yang sama untuk dikongsi.
"Bila kami menampilkan imej rock ini, kebanyakan orang bertanya - dari mana munculnya kami semua ini.. dan yang paling kerap soalan ditanya, dari mana kami mampu dapat barang-barang (pakaian serta aksesori) sebegini.
"Sebenarnya semua barang-barang atau aksesori rock yang terkenal pada tahun 80-an dan 90-an dulu tu masih boleh kita dapat melalui penjual atau pengumpul barangan rock ataupun dari kedai bundle," katanya yang juga merupakan seorang juruteknik.
Angah Jai biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke konsert-konsert rock, sekiranya ada dianjurkan.
Dia yang mengidolakan kumpulan XPDC itu juga banyak mengumpulkan rakan-rakan dengan minat sama, yang dikenalinya dari setiap konsert yang dihadiri selain dari media sosial.
Adakalanya mereka akan keluar dan bergerak beramai-ramai untuk sama-sama memeriahkan suasana persembahan atau konsert artis yang diminati.
"Antara momen paling best dan dianggap berharga sepanjang saya menjadi peminat rock ini adalah apabila dapat satu pentas bersama arwah Mael XPDC. Ketika itu, mereka ada persembahan di Port Dickson dan ia merupakan konsert kedua terakhir sebelum arwah meninggal dunia April lalu," ceritanya ketika mengimbau saat manis bersama idolanya itu.
Angah Jai dan rakan-rakan rocknya juga adalah yang akan paling mencuri tumpuan pada setiap konsert rock yang berlangsung kerana kebiasaannya mereka akan berada di barisan paling hadapan sambil melakukan aksi 'head banging' beramai-ramai mengikut rentak muzik.
Lebih utama, kelibat mereka itu sentiasa dinanti dan dicari-cari peminat rock untuk menghidup dan memeriahkan lagi suasana.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Dec 02 2023
Mereka merupakan para pemuda zaman ini, namun minat dan penampilan mereka 'terlontar' jauh ke suatu zaman ketika genre rock berada di kemuncaknya. - Foto: Angah Jai
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Hidup rock kapak! Penampilan dan minat para pemuda ini tidak selari dengan usia?
Angah Jai teguh dengan pandangannya bahawa setiap orang mempunyai minat masing-masing yang perlu dihormati.