Menurut penyanyi, Rosman Lamri @ Maman Teacher’s Pet, langkah ini penting bagi memastikan warisan sastera terus relevan dan malar segar untuk dilestarikan.
Langkah itu juga bertujuan memastikan generasi muda terus menghargai dan memahami nilai sastera sebagai sebahagian daripada identiti budaya negara.
“Kita tahu bahawa hiburan kini ada di mana-mana.
"Dalam kehidupan seharian, orang ramai sentiasa dikelilingi hiburan, buka telefon, iPad, semuanya ada hiburan.
"Jadi, bagaimana kita (penggiat seni) boleh tampil lebih ke hadapan dan menarik perhatian mereka?
"Jadi perlu ada strategi yang lebih dinamik dan sinergi antara pelbagai pihak bagi memastikan kita dapat menarik pendengar baharu," katanya demikian dalam program AWANI Pagi pada Isnin sempena Hari Puisi Sedunia 2025.
Hari Puisi Sedunia merupakan deklarasi yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) dalam Konferensi Umum ke-30 di Paris pada tahun 1999.
Ia bertujuan mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis yang diraikan pada Mac setiap tahun.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)