SERIAN: Misteri kehilangan seorang lelaki selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu terjawab apabila ditemukan maut di Kuarters Lama Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian pada Selasa.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rone Medin, 54, ditemukan di bawah struktur bangunan yang runtuh akibat dihempap pokok.
Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa kira-kira jam 5.15 petang Isnin.
“Mangsa tidak balik ke rumah selepas keluar bekerja pada 30 April lalu sekitar jam 7 pagi. Bimbang akan keselamatan mangsa, isterinya membuat laporan berhubung kehilangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diatur gerak turut melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Serian namun dihentikan susulan keadaan gelap.
“Usaha SAR disambung semula bersama agensi berkaitan termasuk dengan bantuan penduduk kampung. Operasi itu berhasil apabila pasukan SAR berjaya menjumpai mangsa di bawah struktur bangunan roboh.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dihempap struktur bangunan yang runtuh sewaktu membuat kerja pembersihan. Operasi mengeluarkan mangsa daripada runtuhan tersebut dilakukan menggunakan jentolak,” katanya.
Kata Aswandy mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Shafik Ahmad
Tue May 03 2022
![Hilang sejak empat hari lalu, mayat lelaki ditemukan di bawah struktur bangunan runtuh Hilang sejak empat hari lalu, mayat lelaki ditemukan di bawah struktur bangunan runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651573809_TBORGASALI.jpg)
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rone Medin, 54, ditemukan di bawah struktur bangunan yang runtuh akibat dihempap pokok.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
![Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737210894_MautSungaiPerak.jpg)
Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.
![Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735695682_Lelaki.jpg)
Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan
Mangsa yang dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi tadi.
![Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734843557_OperasiSAR.jpg)
Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia
Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui selamat di perairan Acheh, Indonesia.
![Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734796030_WanMohdZahariWan.jpg)
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732286882_TBORGASLILEMAS.jpg)
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
![Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729554511_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang
Polis Daerah Bentong menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail pada 3.43 petang Isnin.
![Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729233994_TBORGHILANG.jpg)
Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan
Raja Shahrul Zaman Raja Kamaredzuan, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikal dan dompetnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
![Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727660335_OrangHilang.jpg)
Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang
Polis mohon orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas.
![Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717498340_tblelakihillang.jpg)
Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.
![Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717304064_hilang.jpg)
Hilang di Negeri Sembilan, jumpa di Pulau Pinang
Ketika ditemui, warga emas itu dalam keadaan terpinga-pinga sebelum anggota polis bantuan meminta nombor telefon yang boleh dihubungi.