ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Perpaduan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata sebaliknya modul penghayatan hadis itu hanyalah untuk guru serta pelajar beragama Islam, dan inisiatif menerbitkan semula koleksi hadis berkenaan adalah usaha untuk memupuk kefahaman agama itu dalam kalangan umat Islam sendiri, terutamanya golongan anak muda.
"Inisiatif itu (penerbitan hadis) adalah untuk orang Islam terutama anak muda kerana penting untuk mereka menguasai dan memahami Islam, jadi orang bukan Islam jangan salah faham.
"Mendalami ilmu agama adalah bersandarkan kepada Al-Quran, Hadis dan kupasan ulama muktabar," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan bersama jentera Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.
Modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.
KPM dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan inisiatif menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi adalah usaha untuk memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.
Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Bagaimanapun inisiatif itu menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar meminta penganut agama lain tidak meremeh usaha untuk meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap agama.
"Jangan minta kami yang Islam ini untuk meremehkan keyakinan terhadap agama kami, kerana kami tidak minta saudara-saudara (bukan Islam) merendah dan meremehkan agama lain," katanya.
Sementara itu Perdana Menteri juga mahu usaha meningkatkan fahaman Islam dalam kalangan anak muda dipertingkat agar tidak menjadi generasi yang dangkal ilmu serta mengelak daripada menjadi mangsa kepada golongan penunggang agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Jentera Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
Himpunan 40 hadis untuk umat Islam, tidak paksaan kepada bukan Islam - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.