Usaha mengadakan himpunan generasi keturunan kesultanan Kedah boleh menyumbang ke arah mengukuhkan lagi kedudukan institusi raja di negeri ini, kata Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya.
Beliau berkata perjumpaan seumpama itu perlu diteruskan supaya ia dapat merungkai hubung kait antara generasi dan susur galur keturunan Sultan Kedah sejak dahulu hingga ke hari ini.
"Usaha seperti ini sangat dialu-alukan kerana ia memberi kekuatan dan sokongan kepada Persatuan Kerabat Diraja Kedah di samping mengukuhkan lagi kedudukan institusi diraja," katanya ketika ditemui di majlis himpunan generasi Tengku Abdul Khadir Tengku Osman di Kampung Namek di sini semalam.
Tengku Zainol Rashid berkata sehingga kini generasi yang berjaya mengadakan himpunan seumpama itu ialah di daerah Sik dan di daerah Baling oleh generasi Tunku Mahmud, anakanda kepada Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Beliau berkata generasi Tengku Abdul Khadir dipercayai berasal dari keturunan Sultan Kedah ke-24, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, dan berharap kajian lanjut dibuat bagi merungkai hubung kait di antara kedua-dua generasi itu.
Bernama
Wed Dec 26 2012
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bantuan ke Gaza meningkat, tapi masih tertangguh - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa aliran bantuan ke Gaza meningkat sejak gencatan senjata bermula bulan lalu, termasuk barangan seperti khemah yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Israel.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
RM30 juta geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kolaborasi antara pihak kementeriaan, persatuaan , NGO dan penggiat industri yang minat dengan karya agung negara boleh membantu usaha memperlihatkan kecantikan karya agung negara di mata dunia.
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Kerajaan belum beri lesen tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat baharu untuk laksana perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor Fasa Pertama.
Himpunan generasi keturunan boleh kukuh kedudukan institusi Diraja
Usaha mengadakan himpunan generasi keturunan kesultanan Kedah boleh menyumbang ke arah mengukuhkan lagi kedudukan institusi raja di negeri ini, kata Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah