KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu disyaki terlibat dalam ajaran Ahmadi Religion dalam himpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan.
"Kesemua suspek terdiri lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 56 tahun itu ditahan ekoran terbabit dalam himpunan terbabit.
"Siasatan mendapati individu terlibat memegang plakad berunsur LGBT selain beberapa perkataan yang menjurus kepada Ahmadi Religion," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Katanya, kesemua suspek direman sehari untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mendapati salah seorang suspek pernah diberkas kerana dipercayai mengedar risalah berkaitan Ahmadi Religion di sebuah masjid di Putrajaya dua minggu lalu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunanan Awam 2012," katanya.
Pada Ahad, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan individu mengadakan himpunan didakwa berunsur LGBT di hadapan sebuah pusat beli belah di ibu kota. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023

Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Himpunan LGBT: Lapan disyaki pengikut Ahmadi Religion diberkas
Polis menahan lapan individu disyaki terlibat dalam ajaran Ahmadi Religion dalam himpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di KL.