Perhimpunan 'Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan' anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia yang dijadual pada 11 Oktober ditunda kepada 18 Oktober.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus berkata pihaknya terpaksa menunda tarikh himpunan tersebut bagi memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kita di Ampang bukan batal, tapi tangguhkan kepada 18 Oktober.
"Sepatutnya minggu ini, tapi semalam kita telah berbincang dengan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di mana syarat untuk mengadakan perhimpunan mesti 10 hari sebelum permohonan dibuat.
"Demi menghormati polis dan undang-undang sedia ada, kami telah ubah tarikh itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah Jamal, notis permohonan penganjuran perhimpunan telah diserahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"18 haribulan ini kami tetap akan buat permohonan; kita sudah hantar semalam. Kami telah terima cop pada surat itu bertarikh semalam (7 Oktober). Kalau ikutkan, cukup 10 hari sebagai syarat untuk kami adakan perhimpunan.
"Soal Majlis (MPAJ) lulus atau tidak, itu lain cerita. Kita akan tetap teruskan perhimpunan," tegas Jamal yang menjangkakan sekitar 5,000 peserta akan hadir pada perhimpunan itu.
Katanya, Ampang menjadi lokasi pertama perhimpunan berkonsepkan jelajah itu yang turut diadakan di beberapa tempat di Selangor pada masa akan datang.
Memetik laporan The Star, perhimpunan yang dijadualkan di Melaka pada Sabtu ini dibatalkan penganjur Gerakan Merah 1Malaysia yang diketuai Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Pembatalan itu dibuat atas rasa hormat pihak penganjur kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari tersebut.
Memetik laporan The Star semalam, polis berkata kedua-dua penganjur perhimpunan tersebut masih belum mengemukakan notis selaras dengan kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Oleh itu, sebarang perhimpunan besar-besaran oleh mana-mana pihak di Taman Melaka Raya adalah haram dan polis akan melindungi kepentingan awam," kata Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye sepertimana dipetik oleh The Star.
Ali Tinju sebelum ini dilaporkan memberi amaran kononnya kawasan di sekitar Taman Melaka Raya "tidak selamat" pada Sabtu ini.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 08 2015
Jamal (gambar) berkata pihaknya terpaksa menunda tarikh himpunan tersebut bagi memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012. -Gambar fail
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia
Penangkapan Jamal dimaklumkan oleh Muhyiddin dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.
Jamal dan Irmohizam tiada dalam senarai calon MB Selangor
Hanya tiga nama disenaraikan sebagai calon menteri besar Selangor sekiranya BN merampas negeri itu pada PRU14.
Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menegaskan, banglo mewah yang dimilikinya di Jalan Pinang, Ampang, bukan berharga RM7 juta seperti yang didakwa banyak pihak.
Himpunan Selamatkan Selangor ditunda ke 18 Oktober
Perhimpunan 'Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan' anjuran Gabungan NGO Melayu Malaysia yang dijadual pada 11 Oktober ditunda ke 18 Oktober.
"Kalau Tun Mahathir betul-betul Melayu, datanglah" - Jamal Md Yunus
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk hadir menyertai Perhimpunan Melayu Bersatu di Padang Merbok 16 September ini.