Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, waran tangkap tersebut dikeluarkan Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.
Ia selepas dia tidak hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.
![Kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman](https://img.astroawani.com/2022-01/71641383693_freesize.jpg)
Kesalahan itu dilakukan penaman di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi:
Superintendan Junainah M Kasbolah
Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas
019-7051222
Inspektor Shahrir Mohamad
Pegawai Penyiasat
019-5414014