Melampau dan mesti diambil tindakan.
Demikian tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung perbuatan menghina bendera negara oleh pihak yang diberikan kerakyatan.
Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Mohd Asri berkata, kerajaan seolah-olah sedang dipermainkan sekiranya perbuatan menghina negara itu dibiarkan berterusan berlaku.
“Rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup dalam negara ini tetapi bersikap menghina negara.
"Jika mereka terlepas, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dalam isu sebegini," katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya, pada Selasa.
Katanya lagi, kerajaan perlu bertindak tegas dalam menangani isu ini bagi memastikan pengurusan negara dijamin kedaulatannya.
BACA: "Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera
BACA: MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung
Pada Isnin malam, tular satu video klip berdurasi 1 minit 42 saat yang memaparkan bendera Malaysia dengan bintang pecah lima dalam satu acara pembukaan perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).
Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.
Bagaimanapun, pada Selasa, MABA memohon maaf atas kesalahan yang terpapar di bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 itu.
Salim Aziz
Tue Nov 26 2019
![Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561100333_drMaza.jpg)
MOHD ASRI: Jika mereka terlepas, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dalam isu sebegini. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
![Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740143869_NaimMokhtar.jpg)
Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
![Bendera bintang pecah lima: Polis siasat pelbagai aspek - Muhyiddin Bendera bintang pecah lima: Polis siasat pelbagai aspek - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574862659_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Bendera bintang pecah lima: Polis siasat pelbagai aspek - Muhyiddin
Polis menyiasat isu bendera Malaysia dengan bintang pecah lima daripada pelbagai aspek mengikut Kanun Keseksaan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Tindakan tegas isu bendera elak insiden berulang - MBM Tindakan tegas isu bendera elak insiden berulang - MBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566492623_JalurGemilang.jpg)
Tindakan tegas isu bendera elak insiden berulang - MBM
Permohonan maaf daripada penganjur adalah tidak setimpal dan tindakan tegas perlu diambil.
![Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561100333_drMaza.jpg)
Hina bendera perbuatan melampau - Mufti Perlis
Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Mohd Asri berkata, kerajaan seolah-olah sedang dipermainkan sekiranya perbuatan menghina negara itu dibiarkan berterusan berlaku.
![MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574759222_TBMABA.jpg)
MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung
Kontraktor produksi siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 ditamatkan perkhidmatan setelah didapati cuai memaparkan Jalur Gemilang yang salah.