KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, kira-kira jam 9 pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Siti Nuramira, yang berbaju kuning dan berjaket hitam, diiringi dua pegawai polis dan dalam keadaan bergari.
Wanita tersebut, didakwa menghina Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Semalam, polis mengeluarkan kenyataan menerima arahan untuk menuduh suspek wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Pada masa sama, menurut polis, teman lelaki Siti Nuramira akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BACA: Teman lelaki wanita disyaki hina Islam ditahan
BACA: Hina Islam: Belia perlu guna akal, jauhi sifat negatif - Ahmad Faizal
BACA: Tindakan wanita didakwa hina Islam cemar nama Kuala Kangsar - Rani Kulup
Lelaki tersebut, Alexander Navin Vijayachandran, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, juga pada hari ini.
Sebelum ini, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.
Sewaktu persembahannya, wanita tersebut menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang menjolok mata serta mengundang pelbagai komen netizen.
Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.
Firdaus Azil
Wed Jul 13 2022
![Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657689057_NuramiraAbdullah.jpg)
Siti Nuramira (tengah) tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 pagi ini, dalam keadaan bergari. --fotoBERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686042480_videojelik.jpg)
Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik
Suami kepada wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di kelab komedi, didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik.
![Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000 Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681718703_SitiNuramira.jpg)
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
![Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658131003_HinaIslamRM.jpg)
Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).
![Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657689057_NuramiraAbdullah.jpg)
Hina Islam: Siti Nuramira dituduh di Mahkamah Sesyen KL pagi ini
Siti Nuramira, yang berbaju kuning dan berjaket hitam, diiringi dua pegawai polis dan dalam keadaan bergari.