Tindakan sekumpulan warga Australia yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang Ahad lalu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.
Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan berkata tindakan sedemikian tidak bermoral kerana menjatuhkan maruah sesebuah negara.
"Walaupun seluar dalam itu dikatakan dibeli di Australia, ia tetap dianggap seperti menghina orang kita...hina darah orang kita.
"Perbuatan mereka itu kita tidak tahu tujuannya. Tetapi kalau untuk meraikan kemenangan pelumba yang mereka suka, tindakan sedemikian sangat tidak bermoral," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Media tempatan semalam melaporkan pihak polis telah berjaya menahan sembilan lelaki warga Australia yang disyaki terlibat dengan insiden itu.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dipetik berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan reman empat hari bermula Isnin.
Abdul Aziz berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan dan Seksyen 14 kanun sama kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Mohd Zaman Khan yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia memuji tindakan segera pihak polis dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Beliau turut menggesa satu demostrasi aman diadakan untuk memberi mesej bantahan kepada kedutaan Australia berikutan tindakan sembilan warga Australia itu.
"Kita patut berhimpun di hadapan kedutaan Australia untuk sampaikan mesej kepada mereka supaya jangan biadap terhadap rakyat Malaysia," katanya.
Bernama
Tue Oct 04 2016
![Hina Jalur Gemilang umpama hina seluruh rakyat Malaysia - Zaman Khan Hina Jalur Gemilang umpama hina seluruh rakyat Malaysia - Zaman Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475592941_SeluardalamBendera.jpg)
Jika bukan kerana seluar dalam yang mereka pakai, mereka tetap disiasat mengikut Seksyen 14 Kanun Keseksaan sama kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
![Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628405480_TBSEMANGATJALURGEMI.jpg)
Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang
Berada dalam kawasan PKPD sejak 26 Julai lepas tidak menjadi penghalang buat penduduk Medan Klebang Restu, Chemor pamer semangat patriotik.
![Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71547578498_AmbangMerdeka.jpg)
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
![Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41567000507_SELEMPANG.jpg)
Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang
Projek menjahit selempang itu hasil perbincangan pihak MB Inc sebelum ini dengan penduduk kampung.
![Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41503728219_DSNajibTunRazak.jpg)
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib
Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.