Polis tidak menolak kemungkinan individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam telah menggunakan akaun Facebook palsu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan untuk menentukan siapa pemilik akaun Facebook berkenaan.
“Satu sahaja siasatan dibuat dan kita masih menjalankan siasatan oleh kerana perkara di dalam alam maya, di dalam sosial media, ini ambil masa sikit.
“Sebab hendak lihat dari sudut teknikal, sumber daripad mana datangnya, tetapi siasatan giat dijalankan. Besar kemungkinan dia menggunakan akaun FB palsu, besar kemungkinan. Kalau tidak kita dah dapat lama dah,” kata Mazlan dalam sidang media selepas menghadiri majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pergawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada Ahad.
BACA: Hina Nabi: Didakwa diri pemilik akaun FB Wendy Loong 'Mamu Parpu' buat laporan polis
BACA: 483 laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad
Menurut Mazlan lagi pihak polis juga masih belum dapat mengenalpasti dari negeri mana kenyataan berbaur penghinaan itu dimuat naik.
Sebelum ini, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis mendesak tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook Wendy Loong yang bersikap biadab dan cuba mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.
Setakat ini lebih 400 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman Facebook itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 04 2019

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan untuk menentukan siapa pemilik akaun Facebook berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.