Ringkasan AI
- Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, pendekatan itu berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, pendekatan itu berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi.
Langkah itu juga membantu memahami perspektif golongan tersebut selain menepis pelbagai stereotaip negatif terhadap mereka.
Namun, pada masa sama, Nurul mengingatkan supaya Generasi Z tidak bersifat angkuh apabila berkomunikasi dengan generasi terdahulu.
"Berkomunikasilah, bercakaplah dengan Gen Z tersebut. Mungkin ada ilmu tambahan yang boleh kita belajar daripada mereka.
"Apabila kita berkomunikasi, mesti akan capai satu persefahaman... jangan terus berfikir macam-macam.
"Macam kita (Gen Z), kenalah bertanya dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman, jangan sombongkan diri," katanya demikian dalam program Awani Pagi pada Jumaat.
Ujarnya lagi, sikap hormat-menghormati perlu dijunjung oleh semua pihak apabila interaksi dilakukan antara generasi.