KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini gagal dalam permohonannya untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran persatuan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh dalam keputusan, yang disampaikan menerusi e-mel, menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh persatuan itu terhadap Ketua Pengarah RoS dan Menteri Dalam Negeri selaku responden menerusi e-mel.
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili kedua-dua responden ketika dihubungi berkata mahkamah memerintahkan persatuan itu membayar kos sebanyak RM5,000 kepada dua responden berkenaan.
Peguam Annou Xavier, yang mewakili Hindraf mengesahkan perkara itu.
Pada 22 Feb 2021, kumpulan itu menerusi pemimpinnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk mencabar keabsahan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran kumpulan itu.
Hindraf yang memfailkan permohonan itu pada 22 Dis 2020 memohon satu perintah mahkamah bagi mengarahkan Ketua Pengarah RoS membatalkan keputusan bertarikh 30 Sept 2019 dan mengembalikan pendaftaran persatuan itu berkuat kuasa pada tarikh tersebut (30 Sept 2019).
Persatuan itu juga antara lain menuntut pengisytiharan bahawa kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu adalah tidak sah dan terbatal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
![Hindraf gagal cabar keputusan RoS batal pendaftaran persatuan Hindraf gagal cabar keputusan RoS batal pendaftaran persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Hakim menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh persatuan itu terhadap Ketua Pengarah RoS dan Menteri Dalam Negeri selaku responden menerusi e-mel. -Gambar hiasan/Pexels
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Perletakan jawatan Waythamoorthy mendukacitakan - Najib Perletakan jawatan Waythamoorthy mendukacitakan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/61351051944_295x200.jpg)
Perletakan jawatan Waythamoorthy mendukacitakan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan perletakkan jawatan P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendukacitakan.
![Waytha serah surat letak jawatan kepada Najib Waytha serah surat letak jawatan kepada Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71368663551_295x200.jpg)
Waytha serah surat letak jawatan kepada Najib
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
![HINDRAF: Waythamoorthy letak jawatan Isnin HINDRAF: Waythamoorthy letak jawatan Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71368663551_295x200.jpg)
HINDRAF: Waythamoorthy letak jawatan Isnin
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak semua jawatan dalam kerajaan, termasuk Senator, berkuatkuasa 10 Februari ini.
![Ahmad Zahidi nasihat Waytha Moorthy tidak keluarkan kenyataan bercanggah Ahmad Zahidi nasihat Waytha Moorthy tidak keluarkan kenyataan bercanggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360073872_295x200.jpg)
Ahmad Zahidi nasihat Waytha Moorthy tidak keluarkan kenyataan bercanggah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar kerajaan.