Isu tuntutan ke atas Laut China Selatan, Pelarian Rohingya di Rakhine, serta isu perlucutan, dan penggunaan tenaga nuklear secara aman, merupakan antara perkara yang dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-27, awal hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau turut membangkitkan isu mengenai Semenanjung Korea, serta pemantauan ke atas aktiviti anti-terrorisme dan keganasan ekstremis di rantau ini.
Dalam forum yang dipengerusikan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh selaku tuan rumah ASEAN tahun ini, Hishammuddin berkata, Malaysia berharap ARF akan terus memartabatkan beberapa perjanjian yang dicapai sebelum ini.
Antaranya, kata beliau lagi, Piagam ASEAN, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta lain-lain perjanjian antarabangsa untuk menjaga keamanan, keselamatan, kestabilan, dan kemakmuran negara rantau asean.
“Perkara paling utama yang harus kita bincangkan adalah mengenai Laut China Selatan. Kita telah berbincang panjang mengenai perkara ini sejak beberapa hari lepas. Pendirian Malaysia jelas - iaitu tuntutan bercanggah untuk kawasan maritim mesti diselesaikan oleh pihak berkaitan dengan kaedah yang aman, selari dengan prinsip dan undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS 1982.
“Kami juga berharap rundingan mengenai Code of Conduct of Parties in South China Sea (COC) dapat diteruskan,” katanya sewaktu berucap di forum itu.
Mengenai pelarian Rohingya di Rakhine, Hishammudin berkata, pendirian Malaysia teguh bahawa isu itu harus ditangani bersama oleh negara rantau ini.
"Jika ini tidak ditangani dengan segera, penduduk Rohingya akan terus terdedah kepada eksploitasi dan mangsa oleh penyeludup manusia dan kumpulan pengganas.
“Kita mesti menangani isu penyeludupan manusia, di mana pergerakan pelarian ke negara ketiga boleh dieksploitasi untuk keuntungan pihak tidak bertanggungjawab. Lebih teruk, jika pelarian ini direkrut oleh kumpulan pengganas untuk tujuan yang jahat,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Sep 12 2020
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau turut membangkitkan isu mengenai Semenanjung Korea, serta pemantauan ke atas aktiviti anti-terrorisme dan keganasan - Foto BERNAMAekstremis di rantau ini.
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.