Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual menyertai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (Amerika) Ashton Carter dalam pelayaran menaiki kapal perang USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan pada Khamis.
Carter berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar acara Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Campur ketiga, dekat sini hari ini.
Carter berkata kehadiran kapal perang Amerika di Laut China Selatan bukan sesuatu yang baharu dan ia akan terus berada di perairan selagi undang-undang antarabangsa membenarkannya.
Beliau berkata ia tidak harus menjadi isu besar kerana apa yang sepatutnya menimbulkan kebimbangan ialah skala aktiviti membabitkan penambakan tanah dan aktiviti ketenteraan yang berlaku di perairan yang strategik itu.
"Saya fikir perkembangan terkini tahun ini ialah skala penambakan tanah dan aktiviti ketenteraan. Pergerakan Amerika Syarikat bukan baharu sama ada di Laut China Selatan atau di seluruh dunia," kata beliau.
Para pegawai Amerika dan China bertelagah berhubung tindakan tentera laut Amerika menghantar kapal pemusnah peluru berpandu menghampiri pulau buatan yang dibangunkan China di Kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian.
Mengenai ADMM-Campur, Carter memuji negara-negara anggota ASEAN atas perbincangan aktif mengenai isu Laut China Selatan.
ADMM-Campur dianggotai 10 negara anggota ASEAN dan lapan lagi negara - Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.
Malaysia menjadi hos mesyuarat tahun ini selaku Pengerusi ASEAN.
ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Bernama
Wed Nov 04 2015
![Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442165445_HishammuddinHussein.jpg)
Hishammuddin dijadual menyertai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (Amerika) Ashton Carter dalam pelayaran menaiki kapal perang USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan pada Khamis. - Gambar Fail
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460857715_AshCarter.jpg)
Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish
Dua daripada mereka terlibat dalam serangan keganasan di Paris pada 2015.
![Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442165445_HishammuddinHussein.jpg)
Malaysia terus tingkatkan hubungan pertahanan yang kukuh dengan Amerika, China - Hishammuddin
Malaysia telah mengesahkan meneruskan hubungan pertahanan yang kukuh dengan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat (Amerika) dan China.
![Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442165445_HishammuddinHussein.jpg)
Hishammuddin dijadual sertai Setiausaha Pertahanan AS naiki kapal perang AS
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual menyertai Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter dalam pelayaran menaiki kapal perang USS Theodore Roosevelt di Laut China Selatan esok.