KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-16.
Mesyuarat sehari pada 22 Jun itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kemboja, Samdech Pichey Sena Tea Banh selaku Pengerusi ADMM 2022.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mesyuarat itu merupakan satu platform yang signifikan untuk Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mengukuhkan lagi semangat kebersamaan ASEAN khususnya dalam konteks kerjasama pertahanan di rantau ini.
Kehadiran Hishammuddin dan delegasi Malaysia ke ADMM ke-16 amat penting untuk membolehkan Malaysia bersama kesemua negara anggota ASEAN membincangkan serta memperhalusi isu-isu pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Menurut kenyataan itu, sebagai sebahagian daripada ADMM ke-16, turut akan diadakan ialah Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-China dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-Jepun.
Kedua-dua mesyuarat itu dijangkakan antara lain akan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan serantau ASEAN-China dan ASEAN-Jepun.
Hishammuddin besama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN juga dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen selepas kedua-dua mesyuarat selesai.
Menurut kenyataan itu, walaupun mesyuarat hari ini melibatkan wakil Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dari Myanmar, ini bukan bermakna Malaysia mengiktiraf SAC sebagai Kerajaan Myanmar yang sah.
"Malaysia sentiasa menekankan bahawa pihak SAC perlu segera melaksanakan perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Myanmar," menurut kenyataan itu.
Di samping itu, Hishammuddin juga telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Sena Tea Banh, semalam.
Antara yang dibincangkan ialah mengenai mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dalam melaksanakan operasi pengaman di seluruh dunia khususnya, penglibatan tentera pengaman wanita di ASEAN.
Satu kesepakatan telah dicapai iaitu Kemboja akan menghantar tentera pengaman wanitanya ke Pusat Pengaman Malaysia di Port Dickson untuk menjalani latihan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam melaksanakan operasi pengaman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Kehadiran Hishammuddin ke ADMM ke-16 penting untuk membolehkan Malaysia bersama anggota ASEAN membincangkan isu-isu pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.