Kamar Mahtum Abdul Wahab kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, wanita warga Malaysia yang dilapor oleh media Britain menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun menulis sepucuk surat luahan isi hati kepada adiknya, lapor Hishamudin Rais.
Surat tersebut lapor Hishamuddin dalam blognya merupakan luahan hati seorang kakak yang kehilangan adik sekian lama.
"Suara hati kakak yang kehilangan adik, suara dan perasaan untuk melihat kembali perjalalan hidup. Air mata keluar ketika surat ditulis. Sedih dan sedih," coret Hishamuddin.
Menurut Hishamuddin, pada Rabu lebih kurang jam 11.38 pagi di London, beliau dan Kamar Mahtum masih tidak dapat menemui Siti Aishah.
"Kami tidak tahu, malah dunia pun tidak tahu di mana Siti Aishah sekarang," katanya.
Hishamudin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan Kamar Mahtum merupakan adalah gurunya di sekolah menengah.
Mereka, Hishamudin dan Kamar Mahtum berlepas ke London pada Selasa malam dan tiba awal pagi Rabu bersama wartawan The Daily Telegraph, Deen Nelson.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan, Kamar Mahtum menegaskan beliau tidak akan pulang ke Malaysia selagi tidak bertemu adiknya.
Editor majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang juga anak saudara kepada Siti Aishah turut sama ke London namun tidak dibenarkan mengikut Kamar Mahtum dan Hishamudin.
Dalam catatan di blognya, Hishamudin menjelaskan beliau dan Kamar Mahtum berada di sebuah hotel tetapi tidak dinyatakan nama hotel tersebut.
"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," katanya.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail pada Selasa mendedahkan wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 27 2013
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Mangsa banjir 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Banjir di Sarawak tambah buruk, mangsa bertambah
Banjir di Sarawak bertambah buruk, di mana bilangan mangsa semakin bertambah.
Kemas kini info portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM maklumkan, seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara, PPS sehingga 9 pagi Sabtu.
Kemas kini info portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM maklumkan, seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara, PPS sehingga 9 pagi Sabtu.
TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak.
Pas perlukan formula baharu hadapi PRU16
Ahmad Zaharuddin berkata, untuk kekal relevan Pas perlu lakukan pembaharuan dalam barisan kepimpinan menjelang pemilihan parti tahun ini.
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.
Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
Hishamudin Rais hantar notis kepada Najib minta henti kaitkan dirinya dengan Akta Hasutan
Menurut firma guaman Daim dan Gamany, klip video itu memberi gambaran seolah-olah Hishamudin bersalah di bawah akta tersebut.
Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah
Surat tersebut lapor Hishamuddin dalam blognya merupakan luahan hati seorang kakak yang kehilangan adik sekian lama.
Misi jejaki Siti Aishah tiba di London
Siti Aishah yang menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun di London merupakan wanita kelahiran Jelebu.